Connect with us

Arsenal

Dennis Bergkamp ketuai ‘konsortium’ beli sebuah kelab EPL.

Published

on

Pemain legenda Arsenal Dennis Bergkamp menyertai dan mengetuai konsortium untuk membeli sebuah kelab Liga Perdana Inggeris.

Menurut The Mirror, dia mengetuai konsortium tersebut yang disertai oleh beberapa nama pemain hebat bolasepak.

Bersama nama-nama seperti Dirk Kuyt, Phillip Cocu, Ronald Koeman, dan Henrik Larsson, mereka berharap akan ada satu kelab yang boleh dibeli beberapa bulan akan datang kerana kekangan kewangan akibat pandemik virus corona.

Advertisement
Ronald Koeman

Ajen Belanda Rob Jansen, seorang eksekutif di Wasserman Media Group, menguruskan hal perniagaan untuk cita-cita mereka ini, dan berkata mereka sedang berada di dalam ‘bilik menunggu’.

Phillip Cocu

‘Dalam masa krisis sekarang ini, harga permintaan sesetengah kelab mungkin akan diturunkan,’ katanya.

‘Pada masa sama, pergelutan dalaman di kelab-kelab ini semakin membesar.’

Kelab-kelab sudah mengalami kerugian kewangan yang banyak kerana bolasepak telah digantung, dan mungkin akan lebih buruk andai musim ini tidak dapat dilengkapkan.

Projet Restart adalah initiatif untuk memulakan kembali bolasepak profesional dalam masa dua tiga bulan lagi.

Henrik Larsson

Jansen juga berkata mereka hampir memetarai perjanjian dengan sebuah kelab yang tidak dinamakan baru-baru ini, tetapi mereka ‘telah tewas oleh pelabur asing’.

Bergkamp dikatakan mahu peranan langsung dalam mana-mana kelab yang dibeli, selepas berehat seketika dari bolasepak sejak meninggalkan jawatan jurulatihnya di Ajax Amsterdam pada 2017.

Advertisement
Dirk Kuyt

Larsson kini merupakan pengurus kelab Helsingborgs, manakala bekas pemain Liverpool Kuyt bekerja dengan sistem pemain remaja Feyenoord.

Cocu pula pengurus Derby County, dan Koeman telah menjadi ketua jurulatih skuad kebangsaan Belanda sejak 2018.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply