Connect with us

Arsenal

Dilema Henrikh Mkhitaryan antara Roma dan Arsenal.

Published

on

Nampaknya Henrikh Mkhitaryan kini berada di tengah konflik antara dua pengurus.

Di satu sudut, dia mempunyai Paulo Fonseca, orang yang bertugas di Roma, membuatnya sangat jelas bahawa pengendali itu mahukan dirinya terus kekal di Itali untuk musim yang akan datang.

Sementara di satu sudut lain, Mikel Arteta di Arsenal tidak keberatan untuk menerimanya kembali untuk bergabung bersama skuad The Gunners.

Advertisement

Gazzetta dello Sport, seperti yang mereka lakukan hampir setiap minggu, mempunyai artikel mengenai situasi itu yang menjelaskan rancangan kelab Itali tersebut untuk pemain berusia 31 tahun itu.

Laporan Gazzetta dello Sport 29 April 2020

Terdapat dua pilihan, pertama adalah untuk Mkhitaryan memperbaharui kontraknya di Arsenal dan kemudian melanjutkan tempoh pinjamannya di Roma atau yang kedua adalah pihak Serie A itu bertindak membelinya terus dari Emirates.

Masing-masing mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing, dan seperti yang berlaku, AS Roma lebih suka cara ataupun pilihan pertama, terutamanya kerana mereka sekarang tidak berada dalam kedudukan untuk layak ke Liga Juara-Juara musim depan.

Roma menyukai idea penyambungan kontrak pinjaman untuk tempoh setahun lagi dengan gaji pemain tersebut dibayar Arsenal sepenuhnya ataupun sebahagian sahaja.

Namun jika hasrat kelab Itali itu adalah untuk membelinya, masalah gaji akan menjadi satu perkara yang mungkin mengganggu mereka, begitu juga sekiranya mereka meminjamkan sekali untuk musim depan.

Advertisement

Ini kerana mereka mempunyai had had yang perlu dipatuhi iaitu sebanyak € 3 juta setahun untuk pemain baharu, yang mana jumlah gaji semasa Mkhitaryan adalah £9 juta (£180,000 seminggu) ataupun €10 juta setahun, yang diterimanya di Arsenal.

Itu bererti Mkhitaryan harus menerima pemotongan gaji dalam pembaharuan kontrak bersama Arsenal agar bersesuaian dengan peraturan Roma itu, atau The Gunners terpaksa bersetuju untuk membayar sebahagian gajinya musim depan.

Sesuatu yang sukar untuk dipercayai bahawa Arsenal akan bertindak sedemikian.

Terdapat perbincangan mengenai Roma berhasrat untuk membuat pengecualian dalam kes Mkhitaryan, tetapi buat masa ini, semuanya berkaitan dengan usaha mereka untuk mendapatkan tempoh lanjutan pinjaman itu.

Advertisement

Sebab itulah mereka menghubungi Mino Raiola, ejen Mkhitaryan.

Jelas bahawa keputusan mengenai dua pilihan itu tadi bergantung ataupun berada di tangan ejen berusia 52 tahun itu.

Dan Roma pasti berserah dan bergantung nasib kepada Raiola yang terkenal dalam ‘memutar belit’ bermulut manis dalam urusan perpindahan pemain ataupun kliennya sebagaimana beliau lakukan terhadap Pogba.

Adakah Roma akan menerima keputusan postif daripada Raiola?

Advertisement

Ataupun Arsenal yang akan menerima keputusan positif dari ejen tersohor itu.