Edilson mengatakan dirinya terbaik mengatasi Cristiano Ronaldo, Lionel Messi, dan Neymar

Edilson

Bekas penyerang Brazil Edilson membuat dakwaan sensasi mengatakan dia di puncak kariernya lebih bagus daripada Lionel Messi, Cristiano Ronaldo, dan Neymar.

Tiga orang pemain ini diangkat sebagai tiga pemain terbaik di dunia, dan buat Messi dan Ronaldo, antara dua pemain terbaik dalam sukan ini.

Walaubagaimanapum, Edilson mendakwa dia mengatasi kesemua pemain ini kerana dia memenangi Piala Dunia 2002 bersama Brazil.

‘Di tahap terbaik saya, saya bermain lebih baik daripada Neymar. Dia perlu memenangi Piala Dunia untuk menjadi lebih bagus daripada saya,’ katanya kepada TV Bandeirantes.

‘Saya mempunyai personaliti dan untuk Messi untuk menjadi lebih bagus daripada saya, dia juga perlu memenangi Piala Dunia.

Cristiano Ronaldo hanyalah kekuatan fizikal, dia boleh merembat bola dengan baik menggunakan kedua-dua belah kakinya tetapi saya lebih banyak skil daripadanya.

Edilson mendapat 26 caps antarabangsa dan menjaringkan enam gol untuk Brazil

Ronaldo dan Neymar hanya mampu mara sehingga pusingan separuh akhir Piala Dunia, manakala Messi hanya mampu menjadi naib juara apabila Argentina ditewaskan Jerman dalam perlawanan akhir Piala Dunia 2014.

Kekurangan kejuaraan peringkat antarabangsa menjadi sedikit kecacatan dalam karier gemilang Messi, yang sudah menjaringkan 438 gol La Liga untuk Barcelona.

Edilson Silva Ferreira banyak menghabiskan karier kelabnya (1992 – 2010) di Brazil, menyertai 10 buah kelab termasuklah Flamengo, Cruizero, dan FC Bahia.

Dia juga pernah bermain di FC Benfica (Portugal), Kashiwa Reysol (Jepun) dan Al-Ain (Emiriah Arab Bersatu).

Be the first to comment