Connect with us

Lain-Lain Perkembangan

Edwin Van der Sar sahkan Donny van de Beek boleh tinggalkan Ajax Amsterdam.

Published

on

Ketua Eksekutif Ajax Amsterdam Edwin Van der Sar mengesahkan pemain tengah itu boleh meninggalkan kelab pada musim panas akan datang tetapi dengan harga yang sesuai.

Manchester United, Real Madrid, dan Bayern Munich telah dikaitkan dengan perpindahan pemain tengah ini, yang menjadi pemain kunci kemaraan pasukannya ke pusingan separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah musim lepas.

Ajax sudah bersetuju untuk menjual Hakim Ziyech kepada Chelsea dengan yuran perpindahan £33.3 juta dan Van der Sar menegaskan kelabnya itu tidak tertekan untuk menjual murah, walaupun impak kewangan akibat virus corona.

Advertisement
etua Eksekutif Ajax Amsterdam Edwin Van der Sar tidak mahu menjual pemain utama kelab dengan harga murah

“Pada tahun lepas, kami sudah membuat perjanjian secara lisan dengan [Andre] Onana, [Nicolas] Tagliafico dan Van de Beek untuk kekal semusim lagi, dan kemudian melihat untuk membantu satu sama lain dan mencari langkah seterusnya dalam karier mereka. Tiada yang berubah,” kata Van der Sar.

“Tidak akan ada diskaun 50%. Kelab-kelab itu boleh melupakannya.”

Ajax berjaya memperoleh lebih £140juta dari pasaran perpindahan pemain musim panas lepas selepas penjualan Frenkie de Jong ke Barcelona dan Matthijs de Ligt ke Juventus.

Van der Sar percaya Ajax boleh terus meminta bayaran yang setimpal untuk para pemainnya walaupun dalam keadaan pasaran perpindahan tidak menentu buat masa sekarang.

“Pada Januari tahun lepas, ramai berkata kami akan kehilangan tujuh atau lapan orang pemain, tetapi kami hanya kehilangan dua orang pemain utama,” tambah Van der Sar.

Advertisement
Donny van de Beek terlibat secara langsung dalam 21 gol dari 37 perlawanan bersama Ajax Amsterdam dalam semua kejohanan musim ini.

“Kelab-kelab besar seperti Bayern Munich sudah berkata tanda aras harga akan menurun dalam beberapa jendela perpindahan akan datang.

“Tetapi mudah untuk mereka berkata sebegitu kerana mereka adalah pembeli.

“Sudah tentu tiada lagi perpindahan pemain bernilai 150 juta – 200 juta euros.

“Tetapi saya fikir masih ada nilai dalam diri pemain yang datang dari Ajax.

“Berpendidikan, berpengalaman dalam memenangi perlawanan dan bermain bolasepak Eropah.”

Advertisement