Connect with us

Borussia Dortmund

Ejen Achraf Hakimi nafikan tawaran Inter Milan

Published

on

Borussia Dortmund

Alejandro Camano telah mengabaikan spekulasi mengatakan kelab Serie A itu telah mula mengatur langkah untuk mendapatkan Achraf Hakimi.

Malah dia dikatakan bersedia untuk kembali ke kelab asalnya Real Madrid setelah tempoh pinjaman di Borussia Dortmund tamat.

Hakimi menjalani tempoh pinjaman dua tahun dari kelab gergasi La Liga itu, dan dijangka akan tamat pada musim panas ini.

Advertisement

Dia memberikan persembahan yang memukau sehingga menambah beberapa kelab gergasi Eropah yang lain.

Pemain bek sayap yang berusia 21 tahun ini muncul dari skuad remaja Madrid pada 2017, dan kini telah dikaitkan dengan Bayern Munich, Paris Saint-Germain, Juventus dan Chelsea.

Inter Milan dilaporkan muncul sebagai peminat serius Hakimi dengan pemain antarabangsa Maghribi ini telah menjaringkan tiga gol dan membuat 10 assist dalam Bundesliga Jerman musim ini.

Dia juga menjaringkan empat gol dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah, membantu Dortmund mara ke pusingan 16 pasukan terakhir sebelum tewas kepada PSG.

Advertisement
Achraf Hakimi dapat membuat 17 penampilan untuk Real Mdadrid pada musim 2017/18

Berikutan kaitan dengan Inter, ejen Hakimi telah menafikan spekulasi itu dan menegaskan pelanggannya itu pada awalnya akan kembali ke Madrid kerana dia menunggu keputusan konkrit mengenai masa depannya.

“Tidak ada sebarang tawaran sebegitu [dari Inter], kami akan pulang ke Madrid pada penghujung musim,” kata Alejandro kepada Assahifa.

“Achraf akan menjadi terbaik di dunia di posisinya.”

Walaupun memberikan impak positif kepada kelab Jerman itu, Hakimi telah meluahkan keinginannya sebelum ini untuk kekal di Madrid.

Tetapi, dia juga bersifat terbuka dengan mana-mana potensi pintu keluar dari kelab itu, seperti yang didedahkan kepada Telefoot pada bulan Mac: “Jika Madrid mahu saya kembali, saya balik.

Advertisement

“Jika tidak, saya akan menulis bab baru di kelab hebat yang lain.”

Hakimi menambah orang yang membuat keputusan-keputusan skuad di Santiago Bernabeu: “[Zinedine] Zidane adalah orang yang memberikan saya peluang dan keyakinan untuk bermain bolasepak profesional.

“Saya berterima kasih kepadanya atas kepercayaan dan cara dia melayan saya.

“Saya sentiasa berterima kasih kepadanya.”

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply