Ejen pengurus dedahkan terima lamaran dari Arsenal setelah pemecatan Emery.

Roberto Martinez

Ejen Roberto Martinez dedahkan kliennya itu ada menerima ‘tawaran yang sangat konkrit’ dari Arsenal.

Ketika Unai Emery dipecat dari Arsenal, proses yang agak lama berlaku untuk mencari pengganti.

Banyak nama besar segera dikaitkan dengan kerusi panas di Emirates, dengan Carlo Ancelotti dilaporkan begitu hampir menjawat peranan tersebut sebelum pengurus Itali itu akhirnya disahkan sebagai pengganti Marco Silva di Everton.

Dan Arsenal akhirnya melantik bekas kapten dan pemain, Mikel Arteta, yang berhenti dari peranannya sebagai penolong pengurus Pep Guardiola untuk kembali ke bekas kelabnya dan membawa The Gunners terus maju.

Arteta telah melakukannya, sangat disukai oleh pemain dan peminat, walaupun terdapat beberapa hasil yang masih banyak diinginkan untuk dilihat di Emirates.

Namun, kesabaran menjadi kunci utama untuk melihat pengendali Sepanyol itu memberikan ataupun menghasilkan yang terbaik kerana ia adalah kali pertama buat Arteta mengambil peranan seperti itu.

Ini adalah jalan yang mempunyai beberapa risiko untuk itu dan ia juga bagaikan memperlihatkan di mana Arsenal buntu dengan calon sesuai setelah kehabisan pilihan yang berpengalaman.

Paling tidak, itulah yang dicadangkan oleh ejen Roberto Martínez, Jesse De Preter ketika bercakap dengan DH, kerana dia mendedahkan bahawa kliennya, yang kini bertugas di pasukan kebangsaan Belgium, mendapat tawaran dari The Gunners setelah mereka memecat Emery pada 29 November 2019 dan dilihat sebagai pilihan ‘impian’ mereka untuk menggantikannya.

Dia mengakui: “Ya, dia menerima tawaran yang sangat konkrit dari Arsenal, tetapi dia menolaknya”.

Ejen itu juga menjelaskan bahawa Real Madrid tampil untuk Martínez, tetapi bekas pemain Wigan itu tetap komited dengan tugasnya bersama Belgium.

Menandatangani kontrak baharu sehingga selepas Piala Dunia 2022, pengurus Sepanyol itu mempunyai klausa dalam perjanjian yang membolehkannya pergi jika terdapat mana-mana kelab yang ingin mengapatkan khidmatnya tampil membuat tawaran.

De Preter berkata: “Saya tidak akan mendedahkan butirannya, tetapi pampasan yang harus dibayar bergantung kepada kelab yang menginginkannya”.

Seperti yang dikatakan DH, ini bermaksud semakin besar kelab, semakin besar pampasannya.

Carlo Ancelotti begitu hampir dikatakan menjadi pengurus Arsenal sebelum beliau disahkan menjadi pengendali Everton.
About MyGooners 904 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment