
Pinjaman yang wajib dibeli untuk musim depan.
Salah satu keutamaan Paulo Fonseca di AS Roma adalah berusaha menjaga Henrikh Mkhitaryan untuk terus kekal berada ibu kota Itali itu dan ia juga menjadi salah satu tugas terbesar Mino Raiola sepanjang musim ketika wabak coronavirus (Covid-19) melanda dunia.
Masa depan pemain pinjaman Arsenal ini tetap menjadi misteri buat masa sekarang, tetapi kita semua tahu ejen ‘superb’ itu mampu menarik banyak tawaran jika dia memikirkan jalan terbaik dan di sinilah timbul idea untuk menggunakan Justin Kluivert sebagai ‘pembuka selera’ untuk melaksanakan misinya.
Perpindahan Mkhitaryan kini bergantung kepada Raiola. https://t.co/OhcSKDpyxj
— MyGooners (@MyGooners1886) May 21, 2020
Perkara tersebut telah mula tersebarkan dan menjadi tajuk perbincangan di kalangan pemerhati bolasepak, namun setakat ini masih belum ada yang serius berlaku.
Pun begitu ‘keterbukaan’ yang dinyatakan oleh Raiola adalah di mana dia sedia berusaha untuk melanjutkan kontrak Mkhitaryan bersama The Gunners dan hasrat tersebut dikatakan telah dipersetujui Arsenal.
Ia dianggap satu kerja ‘gila’ untuk dilakukan memandangkan kontrak semasa Mkhitaryan bersama Arsenal akan berakhir pada Jun 2021 yang mana ia hanya tinggal satu musim lagi dan akan memasuki tahun terakhirnya musim depan.
Dan ia juga dianggap lebih gila kerana tugas Raiola adalah untuk menrealisasikan impian Mkhitaryan dan Roma untuk kekal bersama musim depan.
Il Tempo pada hari Jumat menjelaskan bahawa Raiola telah ‘menyatakan bahawa Arsenal sedia dan terbuka’ mengenai pembaharuan kontrak untuk ‘merealisasikan’ perpindahan Mkhitaryan ke Roma melalui pinjaman dengan kewajipan untuk membeli.

Klausa tersebut akan diaktifkan secara automatik sekiranya Mkhitaryan membuat sejumlah penampilan, yang digambarkan sebagai ‘tidak terlalu rendah’.
Tidak ada perincian jelas dilaporkan dalam laporan tersebut, tetapi usaha ini dilihat sesuatu yang masuk akal bagi semua pihak yang terlibat sekiranya berjaya dilaksanakan.

Ini kerana ia akan membolehkan Arsenal menjana wang daripada pemain yang bukan lagi berada dalam sebahagian rancangan jangka panjang di Emirates dan ia juga akan memberikan Paulo Fonseca apa yang dia inginkan, mendapatkan pemain antarabangsa Armenia musim depan.
Walaupun hanya membuat 13 penampilan Serie A setakat ini bagi musim ini namun Mkhitaryan telah memberikan sumbangan besar kepada Roma ketika dia bermain ataupun beraksi.
Beliau telah menjaringkan enam gol dan membantu tiga gol sepanjang beliau diturunkan dan itulah sebabnya mengapa pengurus Portugal itu ingin mengekalkan beliau lebih lama di kelab Itali itu.
Pastinya, Fonseca mahu melihat kemampuan sebenar Mkhitaryan sekiranya pemain tersebut cergas sepenuhnya untuk keseluruhan kempen.
