Empat kelab Premier League mengejar khidmat Milot Rashica

Werder Bremen
Milot Rashica

Pemain Werder Bremen Milot Rashica menjadi buruan empat kelab Premier League (PL) selepas Liverpool dikhabarkan tidak berminat lagi mendapatkan khidmatnya.

Aston Villa, Brighton & Hove Albion, West Ham United, dan Wolverhampton Wanderers dikatakan berminat dengan pemain berusia 23 tahun ini menjelang jendela perpindahan pemain musim panas ini.

Kelab pendahulu PL juga dikatakan berminat dengan Rashica pada awal tahun ini tetapi mereka telah menandatangani Takumi Minamino – pemain yang mempunyai profil hampir sama dengannya – dari Red Bull Salzburg pada Januari.

BIODATA RINGKAS

Werder Bremen

Nama: Milot Rashica
Tarikh & tempat lahir: 28 Jun 1996 di Vushtrri
Warganegara: Kosovo, Albania
Posisi: Penyerang, sayap kiri

Rashica sudah menjaringkan tujuh gol dalam 20 perlawanan Bundesliga musim ini, juga telah menjadi subjek tarikan kelab besar Jerman seperti Borussia Dortmund dan Red Bull Leipzig.

Sejak sertai Werder Bremen pada Januari 2018, dia sudah bermain keseluruhan 64 perlawanan, menjaringkan 23 gol, dan membuat 11 assist dalam semua kejohanan.

Dia dianggap sebagai salah seorang bakat Kosovo paling bersinar, dan sudah mendapat 25 caps antarabangsa dan menjaringkan empat gol. Dia juga pernah bermain menentang England dalam perlawanan kelayakan EURO di Pristina.

Rashica hadir menerusi peringkat remaja di FC Vushtrria sebelum menyertai kelab Belanda Vitesse Arnhem pada usia 18 tahun.

Be the first to comment