Connect with us

Liga Perdana Inggeris

FA risau EPL disambung semula dan saingan musim depan.

Published

on

Greg Clarke mengatakan bahawa peminat tidak mungkin dapat menghadiri pertandingan ‘dalam masa terdekat’

Pengerusi Persatuan Bolasepak England (FA), Greg Clarke yakin peminat masih belum dibenarkan ke stadium dalam masa terdekat ekoran faktor keselamatan selepas penularan wabak coronovirus.

Dan perkembangan itu juga memberi amaran krisis Covid-19 yang melanda ketika ini akan membuatkan mereka menanggung kerugian sehingga £300 juta.

Saingan bolasepak di seluruh England terpaksa ditangguhkan dengan semua liga di bawah empat divisyen utama sudah diputuskan berakhir.

Advertisement

Bagaimanapun, mula terdapat kegusaran musim 2020/21 juga akan berdepan gangguan berikutan peraturan penjarakan sosial.

Greg Clarke

“Dengan adanya peraturan penjarakan sosial dalam tempoh yang kita tidak tahu bila ia akan berakhir, sudah pasti ia akan memberikan perubahan dalam ekosistem bolasepak.

“Sebagai contoh, sukar untuk kita meramalkan kehadiran penonton, yang hidup dengan bolasepak, hadir ke perlawanan dalam tempoh terdekat,” kata Clarle yang menulis surat kepada ahli majlis FA.

Liga Perdana Inggeris (EPL) masih berharap dapat menamatkan saingan musim ini dengan aksi tanpa penonton.

Bagaimanapun setakat ini, masih belum terdapat sebarang keputusan untuk melaksanakan penyambungan semula liga dan pihak penganjur bersama pemegang taruh akan bersidang sekali lagi Jumaat ini.

Kewujudan ‘Project Restart’ diharap mampu untuk mengurangkan kerugian mencecah £1 bilion jika kempen ini tidak dapat diselesaikan.

Advertisement

Difahamkan kelab EPL diberitahu Jumaat lalu bahawa baki perlawanan musim ini harus diadakan di venue berkecuali.