Glen Kamara jadi sasaran kelab Inggeris dengan Arsenal juga disebut.

Kelab boleh menjana keuntungan besar dengan penjualan.

Glen Kamara telah menjadi pemain utama dalam skuad permulaan Rangers musim ini dan telah membuat 39 penampilan dalam semua pertandingan.

Menurut France Football, beberapa kelab berminat dengan profil pemain berusia 24 tahun itu.

Dari England, Aston Villa, Brighton & Hove Albion dan Arsenal disebut sebagai kelab yang sedang memerhatikan pemain tengah bertahan tersebut.

Pemain antarabangsa Finland itu pernah membarisi skuad akademi The Gunners sebelum dia meninggalkan Emirates untuk Dundee pada tahun 2017.

Youth career
2003–2007 OT-77
2008 EPS
2011–2012 Southend United
2012–2015 Arsenal
Senior career
Years Team Apps (Gls)
2015–2017 Arsenal 0 (0)
2016 → Southend United (loan) 6 (0)
2016–2017 → Colchester United (loan) 4 (0)
2017–2019 Dundee 54 (0)
2019– Rangers 30 (1)

France Football hanya menyatakan nama pemain tersebut ‘menjadi perhatian’ Aston Villa, Arsenal dan Brighton namun tidak ada tambahan perincian lain yang dijelaskan dalam laporan mereka itu.

Kamara masih mempunyai tiga tahun lagi dalam kontraknya bersama Rangers dan nilaiannya sekarang dianggarkan berada antara €8-10 juta.

Rangers hanya membayar €50,000 untuk mendapatkan Kamara dari Dundee pada Januari 2019 dan jika mereka memutuskan untuk melepaskannya, sudah pasti kelab Scotland itu akan memperolehi keuntungan besar.

Pada 5 Januari 2019, Kamara menandatangani pra-kontrak dengan Rangers dalam perjanjian 4 setengah tahun sebelum melengkapkan perpindahannya pada 31 Jannuari 2019.

Masih perlu dilihat adakah salah satu kelab Inggeris seperti Villa, Brighton atau Arsenal akan meningkatkan minat mereka terhadap Kamara dan mengubahnya menjadi tawaran untuk mendapatkan khidmat pemain tersebut.

Kamara menyertai akademi Arsenal pada 2012 dan pada 2015, beliau disenaraikan dalam skuad utama.
About MyGooners 906 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment