Gol lencongan Safawi ke Puskas?

Safawi Rasid berjaya dinobatkan sebagai pemenang untuk gol lencongan terbaik saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2019.

Kejayaan itu sekali gus mengharumkan nama negara di persada antarabangsa selepas 2017 menyaksikan Faiz Subri mengejutkan dunia apabila dinobatkan pemenang anugerah PUSKAS 2016 anjuran FIFA.

Jaringan lencongan menarik dilakukan Safawi itu mungkin akan dibawa ke anugerah lebih berprestij seperti Anugerah Puskas Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dan beliau sendiri tidak menolak sekiranya dicalonkan.

Menurut pendedahan yang dibuat Harian Metro, pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) itu bersedia sekiranya gol lencongan cantik yang dilakukannya ketika menentang kelab dari China, Shandong Luneng di bawa untuk pencalonan ke anugerah yang bersaing dengan ribuan gol di seluruh dunia itu.

Jelas Safawi, pengumuman Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) yang menobatkan gol lencongannya sebagai pemenang penjaring gol lencongan terbaik saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2019 jelas menaikkan motivasi dirinya dan sedia untuk melakar lebih banyak kejayaan di masa depan.

Katanya, gol yang terhasil itu dilakukan cukup sukar dan bukan mudah untuk mana-mana pemain melepaskan rembatan lencong sambil diberi tekanan hingga menyebabkan dia hilang keseimbangan untuk melakukan sepakan.

Jaringan menarik Safawi.

“Saya tengok pesaing lain dalam anugerah ini juga gol mereka cantik di mana ada juga pertahanan lawan dekat depan, tetapi gol saya itu sebenarnya lebih sukar.

“Bukan saya nak puji ke apa gol saya sendiri, tapi saya buat sepakan lencong itu dalam keadaan ditolak oleh pihak lawan hingga saya out balance tetapi bola itu tetap pergi melencong tepat ke sasaran.

“Saya percaya peminat semua tahu bukan senang nak buat sepakan macam itu dan saya berterima kasih kepada penyokong yang mengundi.

“Terima kasih banyak-banyak, dan kalau nak bawa ke Puskas pun boleh juga.

“Sekurang-kurangnya kita cuba dan saya yakin gol saya itu ada kualiti tersendiri dan boleh cabar gol-gol lain.

“Kalau ada rezeki insya Allah tak ke mana,” katanya ketika dihubungi Arena Metro, semalam.

Berdasarkan undian peminat di laman web AFC yang ditutup lewat petang semalam, Safawi meraih 50 peratus undian daripada jumlah keseluruhan sebanyak 159,502 undi yang dilakukan sekali gus mengatasi empat pencabar lain termasuk bekas bintang Chelsea, Oscar yang hanya menerima satu peratus.

Keputusan undian

Ditanya mengenai kejayaannya mengatasi Oscar yang beraksi bersama kelab Shanghai SIPG itu, pemain kelahiran Dungun, Terengganu itu mengakui terkejut dan langsung tidak mempercayai dengan kemenangan itu.

“Dulu dia (Oscar) adalah salah seorang idola saya sejak dia bermain untuk Brazil dan Chelsea saya selalu ikuti perkembangan kariernya.

“Jadi saya rasa amat bangga sebab ramai undi gol saya daripada dia dan ia secara tak langsung naikkan lagi motivasi saya tingkatkan permainan,” katanya (via Harian Metro).

Lima calon gol lencongan terbaik yang akhirnya dimenangi Safawi.
466Shares
About MyGooners 797 Articles
Seorang bercita-cita untuk menjadi pemilik Arsenal

Be the first to comment

Leave a Reply