Gol lencongan Safawi tewaskan Oscar untuk dipilih terbaik.

Jaringan pemain sayap Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid ke gawang Shandong Luneng musim lalu berjaya memenangi undian sebagai gol lencongan terbaik dalam saingan AFC Champions League (ACL).

Berdasarkan undian peminat di laman web Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) yang ditutup lewat petang hari ini, Safawi meraih 50 peratus daripada undian itu sekali gus muncul pemain tempatan pertama memahat nama di saingan tertinggi itu.

Dia yang dijulang sebagai pemain paling bernilai dalam Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK) tahun lalu, berjaya mengatasi saingan sengit pemain pasukan Esteghlal, Mame Thiam yang menerima 48 peratus daripada jumlah keseluruhan undian.

Lebih mengejutkan apabila Safawi yang juga ayam tambatan skuad Harimau Malaya itu berjaya mengenepikan bekas bintang Chelsea yang pernah mencipta nama di Liga Perdana Inggeris (EPL), Oscar.

Oscar yang beraksi bersama Shanghai SIPG sekadar meraih satu peratus diikuti Nam Tae-hee dari pasukan Lekhwiya dan Serginho yang mewakili Kashima Antlers.

Keputusan undian.

Sebelum itu, jaringan Safawi Rasid ini turut diundi sebagai jaringan kedua terbaik saingan ACL musim lalu.

Berikut data-data keputusan undian jaringan terbaik ACL musim lalu.

Keputusan undian jaringan terbaik saingan ACL musim lalu.
Responses Timelines
Responses Pie
Geographical Breakdown
466Shares
About MyGooners 797 Articles
Seorang bercita-cita untuk menjadi pemilik Arsenal

Be the first to comment

Leave a Reply