Flick contohi prestasi Guardiola di Bayern selepas menang perlawanan Klassiker

Hansi Flick

Dia memimpin pasukannya mencatat kemenangan 1-0 ke atas Borussia Dortmund, kemenangan ke-15 dari 18 perlawanan pertamanya sebagai pengendali skuad utama Bayern Munich.

Joshua Kimmich membuat satu lambungan bola menarik pada penghujung separuh masa pertama menewaskan penjaga gol Dortmund Roman Burki, sekaligus menjadi gol tunggal dan kemenangan Bayern ke atas pesaing terdekat kejuaraan Bundesliga musim ini.

Kemenangan ini menjarakkan lagi mata antara Bayern dan Dortmund kepada tujuh mata.

Ia juga kemenangan Bundesliga ketujuh berturut-turut dan yang ke-13 dari 14 perlawanan terakhir sejak tewas 1-2 kepada Borussia Mochengladbach tahun lepas.

Itu merupakan salah satu dari dua kekalahan Bayern di bawah kendalian Flick, yang pada awalnya menjadi pengendali sementara menggantikan Niko Kovac sebelum menjadi pengurus tetap bulan lepas.

Bayer Leverkusen (menang 2-1) dan RB Leipzig (seri 0-0) adalah pasukan lain yang berjaya mencuri mata dari skuad Bayern Munich dan Hansi Flick musim ini.

Pasukan Bayern Munich 2013/14 bimbingan Pep Guardiola memenangi 16 dari 18 perlawanan pertama, seri dalam dua perlawanan lain, dan seterusnya menikmati tiga musim gemilang dengan pelbagai kejuaraan di Allianz Arena di mana menyaksikan Bayern memenangi tujuh kejuaraan utama.

Be the first to comment