Ian Ladyman pertahankan Ozil berhubung pemotongan gaji.

Mesut Ozil

Ozil sentiasa menjadi mangsa kritikan baik kerana prestasinya ketika di padang mahupun tindakan beliau di luar padang.

Terbaru, beliau menerima kecaman dan kritikan kerana enggan menerima ataupun bersetuju dengan pemotongan gaji ekoran krisis coronavirus.

Laporan The Sun

Beliau antara tiga pemain yang dikatakan enggan melakukan pemotongan gaji yang diusulkan.

Pun begitu hanya beliau seorang sahaja yang didedahkan namanya manakala dua pemain lain kekal menjadi misteri.

Laporan Independent pada 21 April lalu.

Jarang sekali media Inggeris memuji ataupun mempertahankan tindakan mana-mana pemain yang bukan berketurunan Inggeris termasuklah dalam kes Ozil ini.

Jika sebelum ini, Ozil menerima sokongan daripada bekas pemain pemain bolasepak Scotland dan Sunderland, Ally McCoist berhubung tindakannya yang enggan menerima pemotongan gaji, kini kolumnis MailOnline, Ian Ladyman turut menyokongnya.

Terdahulu McCoist dalam slot tembual TalkSport menjadi individu terawal yang menyokong Ozil.

Ally McCoist

Malah McCoist turut menyifatkan di mana situasi Ozil (pendedahan mengenai tindakannya yang tidak bersetuju potongan gaji), bagaikan ‘tikam belakang’ dari rakan sepasukan.

Itu adalah apa yang diungkapkan oleh McCoist pada 21 April lalu – Mesut Ozil defended over wage cut refusal: ‘It’s out of order… somebody in the Arsenal dressing room has tried to damage him’.

Dan itu juga menjelaskan suasana dalaman pasukan Arsenal tidak begitu aman dan kukuh.

“Ini memberitahu anda kualiti rakan sepasukan yang dihadapi Mesut Ozil, kerana dia mendapat masalah di bilik persalinannya.” jelas legenda Rangers dalam talkSPORT Breakfast.

“Apa pun yang anda fikirkan tentang Mesut Ozil, saya rasa tidak betul.

“Percakapan peribadi mengenai pengurangan gaji telah didedahkan kepada orang ramai.

“Dan ia dibuat (didedahkan) kepada orang ramai dengan alasan untuk membuatkannya [Ozil] kelihatan buruk.

“Oleh itu, dengan mengambil isu pengurangan gaji ke satu pihak, dia langsung mempunyai masalah dengan seseorang di bilik persalinan atau seseorang di kelab itu, sama sekali tidak ada keraguan.

“Saya telah membaca banyak perkara baik tentang Mesut Ozil, apa yang dia sanggup lakukan dan apa yang telah dia lakukan untuk badan amal di semua tempat.”

Dan McCoist mengatakan bahawa kisah Ozil disiarkan untuk khalayak ramai bermaksud ada masalah di belakang tabir di Arsenal.

“Saya rasa ia mengatakan lebih banyak mengenai apa yang sedang berlaku di dalam kelab pada masa ini … bolehkah anda bayangkan kisah seperti itu keluar dari Liverpool atau Manchester City mengenai salah seorang pemain mereka?

“Itu tidak akan berlaku kerana mereka kuat sebagai satu pasukan, kukuh sebagai satu unit.

“Dan saya rasa ia memberitahu anda lebih banyak mengenai Arsenal dan juga mengenai kedudukan Mesut Ozil di bilik persalinan, yang mana terdapat individu cuba merosakkannya.”

Kemudian, terbaru, Ian Ladyman dari Daily Mail pula mempertahanan tindakan Mesut Ozil dan tekanan yang diberikan kepada pemain tersebut oleh seluruh media dan orang ramai yang memaksanya mengambil potongan gaji.

Petikan laporan Daily Mail pada 3 Mei 2020.

Ozil sebagaimana dilaporkan sebelum ini, sanggup memotong gajinya lebih tinggi berbanding 12.5 peratus yang sudah dipersetujui oleh pemain lain bersama kelab.

Cuma apa yang dia mahukan adalah bukti bahawa kelab tidak menggunakan krisis ini untuk keuntungan mereka sendiri.

Tidak mahu kelab mengambil kesempatan untuk mengurangkan pembayaran gaji ditanggung kelab secara keseluruhan, sebelum dia bersetuju dengan langkah tersebut dengan mengetaui plan kewangan kelab.

Ozil yang kita ketahui, sentiasa melakukan kerja amal dan banyak menyumbang kepada badan-badan serta pertubuhan amal di seluruh dunia.

Dan ketika wabak coronavirus melanda ketika , beliau telah menyumbang bantuan kepada yang memerlukan.

Terlalu banyak kisah kebaikan Ozil dalam melakukan kerja-kerja amal, jadi perlukah kita menyalahkan beliau jika tidak bersetuju dengan pemotongan gaji?

Apa yang dia mahukan adalah kemana duit penjimatan (pemotongan gaji) itu disalurkan.

Sekurang-kurangnya dia tahu ke mana duit gajinya digunakan.

Twit Ornstein yang dipadamkan
The Sun , 8 Mei 2018
Daily Mail 21 April 2020
EXCLUSIVE! Daily Mirror 21 April 2020
Ian Ladyman, Daily Mail 4 Mei 2020

5 pemain Arsenal yang menerima gaji mingguan tertinggi :

  • Mesut Ozil – £350,000 
  • Pierre-Emerick Aubameyang – £200,000
  • Alexandre Lacazette – £180,000
  • Nicolas Pepe – £140,000 
  • David Luiz – £125,000

Berbeza dengan laporan media sebelum ini dan tidak diragukan lagi, seseorang di kelab cuba untuk dan memberikan tekanan kepada Ozil.

Ada pihak cuba menjatuhkan Ozil ataupun iri hati dengannya.

About MyGooners 879 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment