Ian Wright jadi mangsa kecaman perkauman di Instagram

Ian Wright

Ian Wright telah mendedahkan bahawa dirinya telah menjadi subjek kecaman perkauman keji atas talian, sementara Gabriel Agbonlahor juga menjadi sasaran perbuatan ini.

Bekas penyerang Arsenal dan England Wright telah dihantar sejumlah pesanan Instagram, dengan badan-badan amal terkemuka anti-perkauman mengutuk perlakuan ini.

Seorang pengguna Instagram telah menghantar pesanan kepada Wright dengan ejekan perkauman yang membuatkan dia membawa perkara ini ke Twitter.

Dia menulis: “Saya tahu saya tidak patut melihatnya tetapi pesanan-pesanan ini memberi kesan kepada saya.

“Ini sikap kebudak-budakan!!!

“Budak ini mempunyai talian terus dan dapat menyampaikannya tanpa merisaukan apa-apa.”

Luahan Ian Wright di Twitter mengenai isu ejekan perkauman terhadap dirinya

Ketua Eksekutif Show Racism the Red Card Ged Grebby menambah: “Ian Wright sekali lagi berani tampil ke hadapan memberikan pandangannya terhadap isu negatif ini dan saya melihatnya dalam rancangan Match of the Day dengan Gary Lineker beberapa minggu lepas bercakap mengenai ejekan perkauman yang diterimanya semasa menjadi pemain bolasepak.

“Saya rasa dia lebih dari gembira untuk melaporkannya.

“Ada seorang wartawan Asia (Sima Kotecha) di BBC semalam dan dia telah dicemuh di tengah-tengah Leicester.

“Ini menunjukkan perkauman ialah masalah masyarakat dan malangnya ia semakin meningkat.

“Orang ramai tinggal di kediaman mereka tetapi ia tidak menghalang mereka untuk mengejek orang lain di media sosial dan ini merupakan contohnya.”

Bekas penyerang Aston Villa Agbolahor juga dihantar pesanan mengeji dan perkauman di Instagram.

The Professional Footballers’ Association mengutuk kecaman yang ditujukan kepada Wright dan Agbonlahor, menyampaikan di Twitter: “Kami berasa jelek melihat ejekan perkauman yang ditujukan kepada Ian Wright dan Gabriel Agbonlahor serta keluarga mereka hari ini.

“Ini adalah satu perlakuan menjijikkan pada bila-bila masa, ianya sangat mengganggu pada ketika orang ramai perlu lebih bersatu.

Kick It Out menyarankan untuk menghukum mereka yang bertanggungjawab, kata mereka dalam satu kenyataan: “Kami semua terkejut pada masa mencabar ini dengan cemuhan memalukan ini yang ditujukan kepada Ian Wright dan Gabriel Agbonlahor serta keluarga mereka.

“Ucapan kebencian perkauman dan ancaman ganas adalah sangat tidak diterima tetapi ia sudah menjadi normal di media sosial.

“Sementara kami terus bekerjasama dengan platform media sosial untuk memastikan pengalaman penguna selamat kepada semua, kes-kes ini seharusnya disiasat oleh penguatkuasa undang-undang dan si pesalah harus dihadapkan dengan tuduhan jenayah.”

Be the first to comment