‘Impian’ Arsenal tandatangani Coutinho, kali pertama memulakan hubungan dengan ejen pada 2019.

Kia Joorabchian dan Coutinho

Philippe Coutinho terus dikaitkan dengan kelab-kelab di England, dan Arsenal menjadi pasukan terbaru yang menyertai perlumbaan mendapatkannya.

Pada 26 Mei, Sport melaporkan The Gunners telah mengadakan hubungan dengan ejennya Kia Joorabchian.

Le10 Sport kini hadir dengan kemas kini terbaru mengenai kisah perpindahan Coutinho dengan Arsenal.

Laporan Le10 Sport bertarikh 27 Mei

Ia mendakwa ‘impian’ Arsenal untuk menandatangani pemain berusia 27 tahun itu kerana Mikel Arteta percaya bahawa pemain Brazil itu menepati taktikal dan ‘sempurna’ untuk pasukannya.

Hubungan antara Arsenal dan Joorabchian sekali lagi mendapat perhatian dan laporan itu menambah di mana ia telah bermula semenjak ‘awal Mei’.

Namun, ini bukanlah kontak pertama antara kedua-dua pihak.

The Gunners telah memikirkan bekas pemain Liverpool selama ‘beberapa bulan’ dan mereka pertama kali menghubungi wakilnya pada akhir 2019.

Kia Joorabchian bersama Coutinho.

Ia difahamkan bahawa Arsenal mencari sebarang peluang dan kemungkinan yang ada untuk menandatangani Coutinho pada musim panas ini.

Menandatangani Coutinho adalah ‘rancangan yang serius untuk Arsenal’ dan pihak The Gunners harus mencari dan memilih pilihan terbaik untuk menjadikan impian menandatangani pemain itu menjadi kenyataan.

Bagaimanapun ia bukanlah perkara mudah kerana nilai yang terlibat dalam perpindahan itu begitu besar, tetapi pemimpin Arsenal berusaha keras untuk ‘melakukan perkara itu menjadi berbeza’.

Le10 juga menambah Chelsea ‘sangat teruja’ untuk mendapatkan Coutinho dan mereka mempunyai saluran kewangan yang lebih baik berbanding Arsenal dalam menandatangani pemain Amerika Selatan itu.

Tajuk laporan Le10 Sport
About MyGooners 906 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment