Indiana Vassilev tandatangani kontrak baru bersama Aston Villa

Aston Villa
Indiana Vassilev

Pemain berusia 19 tahun ini membincangkan mengenai debut musim ini bersama Villa sedang dia menandatangani kontrak lanjutan bersama mereka.

Aston Villa mengumumkan berita ini pada hari Isnin lepas, melengkapkan perjanjian dua tahun yang akan mengekalkan pemain remaja ini sehingga Jun 2022.

“Ia memang tak masuk akal,” beritahu Vassilev kepada Villa TV.

“Pada tahun lepas mereka banyak memberi sokongan kepada saya dan akhirnya saya berjaya membuat penampilan skuad utama.

“Sejak saya berada dalam skuad utama, saya menerima banyak sokongan daripada semua orang, kakitangan termasuk para pemain, jadi ia seperti tak masuk akal.”

“Saya sangat gembira dapat menandatangani untuk dua tahun lagi, terus berusaha dengan lebih gigih dan berharap banyak perkara lebih bagus dapat dirasai pada masa depan.”

Dia menambah: “Ia sebuah kelab yang besar, mempunyai sokongan yang hebat, dan pada penghujung hari saya mahu rasa selesa dalam persekitaran bermain saya.

“Pengurus, kakitangan, dan para pemain membuat diri saya diterima. Pada penghujung hari, ia seperti gabungan sejarah kelab, kelab itu sendiri, para pemain membuat saya diterima, begitu juga dengan kakitangan.

“Ia gabungan segalanya dan tidak sukar untuk membuat keputusan.”

Vassilev membuat empat penampilan skuad utama, selepas kerap diturunkan dalam perlawanan skuad bawah 23 tahun sejak menyertai kelab pada 2018.

“Sangat kabur. Saya tiada masa untuk memprosesnya kerana ia datang satu persatu,” kata pemain 19 tahun ini mengenai penembusannya bersama Villa.

“Dalam tempoh tiga minggu dan saya membuat debut dalam tiga pertandingan yang berbeza, jadi ia memang sangat kabur.

“Memasuki bulan Februari ia mula meresapi, dan ia satu momen penuh nikmat dan bahagian tertinggi dalam karier saya setakat ini, tetapi masih banyak usaha gigih perlu dilakukan, jadi sudah tentu saya mahu menjadi lebih baik dan bagus.”

“Ianya sangat sukar. Saya tidak mengatakan ia akan menjadi perubahan yang lancar dan mudah, ia akan menjadi sukar,” tambahnya.

“Saya seorang pemain muda yang akan memasuki skuad yang sangat berpengalaman.

“Kamu perlu menghadapi dari hari ke hari. Perlahan tetapi pasti kamu akan menjumpai jalan ke dalam pasukan.

“Ia bermula di padang latihan. Kamu perlu memberikan 100% setiap hari dan kemudian akan akan mendapat rasa hormat dari pasukan, tetapi saya tidak akan mengatakan ianya mudah kerana ia memang bukan mudah.”

Be the first to comment