Inter Milan, Bayern Munich, dan Real Madrid rancang perlawanan amal 2021

Ketiga-tiga buah kelab besar Eropah itu merancang untuk bermain dalam Piala Solidariti Eropah yang akan berlangsung setelah keadaan selamat untuk menerima kehadiran penonton ke stadium.

Ia akan berlangsung di tiga tempat iaitu di Madrid (Real Madrid lawan Inter Milan), Milan (Inter Milan lawan Bayern Munich), dan Munich (Bayern Munich lawan Real Madrid).

Tarikh akan diketahui sebaik sahaja mengetahui bila peminat-peminat dapat hadir ke stadium untuk menyaksikan perlawanan bola sepak.

Semua pendapatan akan disalurkan kepada badan-badan kesihatan yang kini sedang bertungkus-lumus bertarung mengatasi pandemik virus corona di Itali dan Sepanyol, sementara pasukan tuan rumah akan menjemput wakil pekerja-pekerja kesihatan untuk hadir menonton setiap perlawanan.

International Champions Cup Fc Bayern Munich At Real Madrid

“Pandemik virus corona sangat teruk menimpa ke atas Eropah,” kata Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Bayern Karl-Heinz Rummenigge.

“Kami telah membuat hubungan baik dengan banyak kelab menerusi perlawanan-perlawanan Liga Juara-Juara Eropah, dan telah terikat talian persahabatan dengan sesetengah daripada mereka.

“Walau dengan segala penderitaan dan masalah, kami di Jerman dirasakan bertuah kerana sistem jagaan kesihatan terbukti berkesan dalam krisis ini.

“Tetapi kami juga telah melihat imej-imej menakutkan di Itali dan Sepanyol, dua negara di Eropah paling teruk terjejas dengan pandemik ini.

“Kami Jerman mempunyai hubungan yang sangat istimewa dengan kedua-dua negara; Itali, seperti Sepanyol, merupakan salah satu tempat percutian kegemaran kami.”

Bayern dikatakan akan menjemput 5,000 jururawat, penjaga dan doktor ke Allianz Arena untuk perlawanan menentang Real Madrid.

“Ketiga-tiga kelab mahu menunjukkan solidariti, hormat, dan penghargaan kami kepada hero-hero ini,” Real Madrid menambah dalam satu kenyataan.

“Ketiga-tiga kelab mahu menyebarkan pesanan solidiriti dan persaudaraan di antara manusia di Eropah.”

Be the first to comment