Connect with us

Lain-Lain Perkembangan

Jari Litmanen dedah derita sakit akibat virus corona

Published

on

Jari Litmanen telah meluahkan butiran selepas menderita dari virus corona, mengatakan dia tidak pernah dalam keadaan buruk ini.’

Bekas pemain tengah Liverpool, Ajax Amsterdam, dan Barcelona ini telah didiagnos dengan COVID-19 dan mengambil masa empat minggu untuk benar-benar sembuh, termasuk tambahan dua minggu rehat dan pemulihan.

Litmanen, 49 tahun, pemegang rekod caps antarabangsa paling banyak untuk Finland (137 caps), bercakap lebih lanjut mengenai simptom-simptom yang dialaminya.

Advertisement

“Ada demam, pening kepala, sakit otot, semput nafas, dan segalanya mungkin,” kata Litmanen, seperti dilaporkan oleh Unibet

“Ia mengambil masa empat minggu untuk pulih dari virus corona dan sekarang sudah beberapa minggu pemulihan.

“Sungguh bernasib baik, kesakitan atau kesemputan nafas tidak terlalu teruk yang memerlukan saya pergi ke hospital, tetapi saya dapat mengatasi penyakit ini di rumah.

“Jatuh sakit sangat memenatkan, dan kadang-kadang rasa sangat berat. Saya tidak pernah dalam keadaan teruk secara fizikal.

Advertisement

“Sepanjang saya sakit selama empat minggu, apabila keadaan menjadi lebih sesak, saya tidak terasa rindu bolasepak atau sukan-sukan lain.

“Segala fikiran berada di tempat lain…”

Ringkasan karier Litmanen.

Dia menhabiskan 18 bulan di Liverpool sebelum berhijrah ke Barcelona pada Januari 2001, terlepas kesemua aksi perlawanan akhir semasa musim treble 2001 kerana retak tulang pergelangan tangan.

Advertisement

Kemudian dia menyertai Ajax buat kali kedua, juga pernah sertai Fulham pada 2008 tetapi tidak pernah membuat penampilan skuad utama, kerana masalah jantung yang serius.