Connect with us

Lain-Lain Perkembangan

Jesse Masrch cipta sejarah dengan kemenangan Piala Austria

Published

on

Red Bull Salzburg; manager

Pengurus berusia 46 tahun telah mengetuai Red Bull Salzburg menang 5-0 ke atas Austria Lustenau dalam perlawanan akhir Piala OFB.

Dia menjadi jurulatih pertama yang dilahirkan dan dibesarkan di Amerika Syarikat yang memenangi trofi utama Eropah dengan kemenangan Piala Austria ini.

Kemenangan ini juga kejayaan Piala Austria kedua berturut-turut Salzburg, selepas kejayaan menewaskan Rapid Vienna 2-0 dalam perlawanan akhir 2019. Pengurus kelab pada masa itu adalah Marco Rose.

Advertisement
Juara Piala Austria 2020 – Red Bull Salzburg.

Marsch, yang dalam musim debut bersama Salzburg, bukan pengurus kelahiran Amerika Syarikat pertama yang memenangi trofi Eropah kerana John Caufield, yang dibesarkan di Ireland, pernah memenangi beberapa trofi semasa menguruskan kelab Cork City dahulu.

Perlawanan pada hari Jumaat juga menandakan bola sepak Austria sudah bermula kembali, yang sudah lama ‘bercuti’ disebabkan wabak cirus corona. Perlawanan-perlawanan Bundesliga Austria akan bermula pada hujung minggu ini, dengan Salzburg mempunyai kelebihan tiga mata ke atas LASK Linz dengan baki 10 perlawanan lagi.

Berita gembira untuk RB Salzburg dalam usaha mereka menjuarai liga, kerana LASK telah ditolak 12 mata kerana melanggar peraturan penjarakan sosial dalam sesi latihan.

LASK telah memfailkan protes, mengatakan dalam satu kenyataan yang mereka merupakan mangsa “pengintipan industri”.

“Kami menganggap sekatan yang dinyatakan dalam penghakiman itu (pemotongan 12 mata sebelum pembahagian mata dan bayaran penalti €75,000) adalah tidak seimbang,” kata kelab itu.

Advertisement

“Kami telah melaksanakan hak kami dan dengan segara membantah pertimbangan berlebihan.”

Bagi Marsch, musim debutnya boleh diakhiri dengan dua trofi utama juga selepas menunjukkan persembahan yang boleh dihormati dalam Liga Juara-Juara Eropah, di mana perjuangan pasukannya berakhir di peringkat kumpulan setelah menduduki tempat ketiga dalam kumpulan yang mempunyai pasukan Liverpool, Napoli, dan Genk.

Salzburg diturunkan ke Europa League, dan mereka telah disingkirkan oleh Eintracht Frankfurt dalam pusingan 32 pasukan terakhir.

Marsch pernah menjadi penolong jurulatih pasukan bola sepak lelaki Amerika Syarikat, menghabiskan tiga musim setengah menguruskan pasukan Major League Socer New York Red Bulls.

Advertisement

Kemudian dia menyertai RB Leipzig sebelum kempen 2018/19, di mana dia menjadi penolong kepada Ralf Ragnick sebelum berpindah ke Austria.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply