John McGinn kembali berlatih, berita gembira untuk Aston Villa

Aston Villa
John McGinn

Aston Villa mendapat berita merangsangkan apabila John McGinn kembali berlatih dengan rakan-rakan sepasukannya.

Dia dijangka akan cergas sepenuhnya apabila Liga Perdana Inggeris bersambung.

Pemain tengah antarabangsa Scotland itu merupakan salah seorang pemain penting Villa, tidak bermain sejak mengalami kecederaan ligamen buku lali dalam perlawanan menentang Southampton pada 21 Disember, di mana mereka tewas 1-3 di laman sendiri.

Dengan membuatkan dirinya boleh bermain semula, ia sesuatu yang menggembirakan untuk pengurus kelab Dean Smith, yang bimbang dengan kedudukan pasukannya di tangga ke-19 liga, walaupun mempunyai satu perlawanan dalam tangan.

McGinn dijadual kembali beraksi pada penghujung Mac atau awal April, sebelum wabak virus corona menyebabkan aksi bola sepak dihentikan.

Sejak itu, McGinn membina semula kecergasannya dan sekarang sudah dibenarkan untuk menyertai sesi latihan penuh dengan rakan sepasukannya.

Kelab-kelab Premier League semalam telah undi sebulat suara untuk memulakan sesi latihan melibatkan sentuhan dalam usaha mahu memulakan semula kempen ini.

Be the first to comment