Juan Foyth dikaitkan perpindahan ke Barcelona

Juan Foyth

Pemain pertahanan Tottenham Hotspur Juan Foyth dilaporkan telah dikaitkan dengan perpindahan ke Barcelona pada musim panas akan datang.

Pemain warganegara Argentina berusia 22 tahun ini hanya membuat tujuh penampilan untuk skuad kendalian Jose Mourinho musim ini sebelum sukan bolasepak digantung akibat pandemik virus corona.

Menurut Mundo Deportivo, dia mungkin dalam perjalanan keluar dari kelab sedang dia ditawarkan kepada kelab gergasi La Liga.

Andai dua pemain pertahanan tengah ini iaitu Samuel Umtiti atau Jean-Clair Todibo meninggalkan kelab, Foyth dilaporkan akan dibawa masuk untuk memperkuat bahagian pertahanan dengan urusan pembelian yang murah.

Sejak beberapa minggu lepas, kedua-dua pemain ini dikaitkan dengan perpindahan keluar dari Nou Camp.

Foyth menyertai Spurs dari Estudiantes dengan yuran perpindahan £8 juta pada musim panas 2017 tetapi gagal untuk menempatkan dirinya dalam perancangan Mourinho.

Sejak membuat debut Spurs pada 2018, dia sudah membuat 32 penampilan dalam semua kejohanan, menjaringkan satu gol.

Be the first to comment