Kehadiran Coutinho – persiapan Arteta kehilangan Aubameyang?

Bekas pemain Liverpool ini begitu kuat dikaitkan dengan menyertai The Gunners musim depan.

Philippe Coutinho… Entah mengapa aku tidak begitu teruja dengan rumors yang mengaitkan beliau ke Arsenal.

Mungkin kerana dia merupakan bekas pemain Liverpool (hahaha).

Sebagaimana yang anda semua ketahui, dia ketika ini dipinjamkan ke Bayern Munich dari Barcelona.

Pada 6 Januari 2018, Liverpool mengesahkan mereka telah mencapai kesepakatan dengan kelab La Liga, Barcelona untuk perpindahan Coutinho. Bayaran perpindahannya dilaporkan sebanyak £ 105 juta, yang boleh meningkat menjadi £ 142 juta dengan pelbagai klausa dimasukkan.

Bagaimanapun pihak Bayern telah melepaskan peluang untuk menjadikan pinjaman itu kepada perpindahan tetap, setelah berakhirnya tempoh (klausa) untuk membelinya menjelang jendela perpindahan musim panas ini.

Dan ini menyebabkan masa depan pemain tersebut menjadi tanda tanya.

Walaupun dibeli dengan harga yang begitu mahal, namun Barcelona dikatakan tidak memerlukan khidmatnya buat masa sekarang namun masih ingin mengekalkan pemilikan mereka terhadap pemain itu.

Perkembangan ini membuatkan kelab Catalan itu sedia berunding dengan mana-mana kelab yang berminat untuk perjanjian pinjaman (mana ada kelab sanggup nak beli dia, mahal sangat kot).

Bayern Munich tidak sanggup untuk membeli Coutinho dengan bayaran €120 juta sebagaimana klausa pinjamannya.

Raul Sanllehi dilaporkan akan memulakan ‘sembang-sembang’ dengan ejen Coutinho iaitu Kia Joorabchian dalam beberapa hari nanti.

Pengendali Arsenal, Mikel Arteta pula dilaporkan yakin pemain itu dapat mengukuhkan kedudukannya di Liga Perdana bersama Arsenal.

Dan pihak The Gunners juga bersedia untuk melakukan segala yang mampu untuk mendapatkan tandatangannya.

Aku, walaupun tidak begitu teruja dengan rumors ini, namun agak tertarik untuk melihat bagaimana Arteta akan menggunakannya kelak.

Sekiranya ia terjadi (Arsenal berjaya menandatangani secara pinjaman), adakah ini bermaksud Arteta sedang menyiapkan pasukan dengan ketiadaan Aubameyang?

Penyerang Gabon itu dikatakan akan ‘dilepaskan’ setelah gagal dalam rundingan memperbaharui kontrak dan Arsenal dilaporkan sedang berunding bersama PSG mengenai perpindahan Auba ke kelab Perancis itu.

Auba semenjak Arteta mula mengambil alih Arsenal, telah digunakan pada bahagian sayap kiri dan Coutinho pula mampu beraksi pada posisi tersebut, walaupun pemain Brazil itu lebih dikenali sebagai pemain tengah menyerang.

Coutinho, ketika bersama Liverpool telah membuat 201 penampilan dengan menjaringkan 54 gol dan menghasilkan 45 bantuan.

Dan daripada jumlah penampilan tersebut, dia telah beraksi sebayak 103 kali pada bahagian sayap kiri.

Posisi dimainkan Coutinho bersama Liverpool Penampilan Jaringan Bantuan
Left Winger 103 36 27
Attacking Midfield 85 15 18
Right Winger 6 2
Centre-Forward 3 1

Begitu juga ketika beliau bersama Barcelona.

Khidmatnya sering digunakan pada sayap kiri dengan membuat 58 penampilan pada posisi tersebut dengan jumlah penampilan keseluruhan bersama kelab Catalan itu sebanyak 76 kali.

Ini memberikan lebih 76% khidmatnya bersama Barcelona pada posisi sayap kiri.

Posisi dimainkan Coutinho bersama Barcelona Penampilan Jaringan Bantuan
Left Winger 58
17 6
Attacking Midfield 9 2 2
Right Winger 8 2 3

Bersama Bayern, khidmatnya sedikit berubah dimana beliau sering kali digunakan pada posisi tengah menyerang (attacking midfielder).

Beliau membuat 20 daripada 32 penampilan secara keseluruhan dengan beraksi pada posisi tengah menyerang.

Posisi dimainkan Coutinho bersama Bayern Penampilan Jaringan Bantuan
Attacking Midfield 20 3 6
Left Winger 10 6 3
Right Winger 2

Berdasarkan rekod di atas itu, aku merasakan (sekiranya) Arsenal mendapatkan Coutinho secara pinjaman, besar kemungkinan adalah untuk mengisi kekosongan Aubameyang yang dijangkakan akan meninggalkan Emirates.

PSG To Sign Aubameyang & Icardi This Summer?

Kehadiran Countinho boleh dikatakan sebagai ‘pencabar’ kepada Martinelli dalam menyiapkan dirinya untuk lebih maju dan matang dalam menghadapi saingan masa depan.

Pun begitu, sekiranya terjadi, ia juga tidak merugikan Arsenal sekiranya mampu mendapatkan Coutinho secara pinjaman.

Dengan kegawatan ekonomi ketika ini, langkah itu merupakan satu tindakan yang bijak.

Biar genting, jangan putus… Belanja mahal-mahal, hasilnya belum pasti.

About MyGooners 906 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment