
barcelona kembali berlatih semalam selepas penyandang juara La Liga itu membenarkan bintang mereka menggunakan fasiliti latihan sebagai persediaan penyambungan semula saingan bolasepak di Sepanyol.
Lionel Messi dan rakan-rakannya menggunakan padang di pusat latihan Joan Gamper bagi sesi individu, di mana pemain tiba secara berseorangan menuju ke tiga buah padang tanpa melalui bilik persalinan.
Mereka juga diuji tahap kesihatan untuk melihat apa kesan dua bulan melakukan kuarantin berikutan penularan wabak Covid-19.

“Akhirnya kami kembali menjalani kehidupan normal.
“Kami harap mampu mengharunginya dan dalam masa terdekat bergembira dengan apa yang kami suka lakukan,” kata Arturo Vidal kepada Marca.
First training in 5๏ธโฃ6๏ธโฃ days ๐ฅฐ pic.twitter.com/Vjajq1y3wg
— FC Barcelona (from ๐ ) (@FCBarcelona) May 8, 2020
Sevilla, Villarreal, Osasuna dan Leganes juga kembali menyambung latihan, manakala Real Madrid yang ketinggalan dua mata di belakang pendahulu liga, Barca, dikatakan akan memulakan latihan Isnin ini jika pemain mereka melepasi ujian virus Rabu lalu.
Ia memasuki tempoh dua bulan sejak pemain Real dikuarantin berikutan salah seorang pemain bola keranjang kelab berkenaan diuji positif.
#VillarrealTV ๐บ | Back at it! ๐ช๐ช๐ช
— Villarreal CF English (@Eng_Villarreal) May 8, 2020
The #Villarreal first team went back to work today, training individually, behind closed doors, and complying with the strict protocol for their safety.#EndavantNowMoreThanEver pic.twitter.com/aVdm0aYetv
Berdasarkan laporan media Sepanyol, tidak ada seorang pemain Real yang mempunyai simptom virus berkenaan tapi Zinedine Zidane akan meneruskan latihan tanpa penyerang Serbia, Luka Jovic selepas Real mengumumkan pemain berkenaan mengalami kecederaan tumit kanan.
Pemain bolasepak di Sepanyol memulakan latihan selepas kerajaan membuat pengumuman minggu lalu untuk menamatkan kuarantin kepada pemain profesional.
Sesi latihan individu adalah langkah pertama dengan harapan La Liga mampu disambung semula Jun depan bagi melengkapkan musim 2019-20 di gelanggang tanpa penonton.
๐ Date: Monday 11 May
— Real Madrid C.F. ๐ฌ๐ง๐บ๐ธ (@realmadriden) May 8, 2020
โฐ Time: 10am CEST
๐ Place: #RMCity
โน๏ธ Reason: We return to training#HalaMadrid pic.twitter.com/buPwLRmaWj