Kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) kemungkinan perlu memulangkan kira-kira £340 juta.

Ketua-ketua kelab Liga Perdana Inggeris kini berpotensi menghadapi kerugian sehingga £ 1.5 billion kutipan tiket, hak penyiaran TV dan lain-lain.

Kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) kemungkinan perlu memulangkan kira-kira £340 juta kepada penyiar domestik dan antarabangsa, walaupun saingan musim ini akan disambung kembali dengan aksi di gelanggang tertutup.

Terdahulu, kerajaan England telah memberi lampu hijau kepada Liga Perdana untuk meneruskan aksi liga namun perlu dimainkan secara tertutup mulai 1 Jun.

Acara kebudayaan dan sukan akan dibenarkan berlangsung tanpa peminat untuk mengelakkan risiko hubungan sosial berskala besar tetapi ia akan disiarkan secara langsung.

Pihak kerajaan juga telah menerbitkan dokumen panduan 50 halaman yang memperincikan bagaimana England akan mula mengurangkan langkah-langkah pengasingan.

Saingan teratas liga telah ditangguhkan sejak 13 Mac kerana wabak coronavirus tetapi berhasrat untuk menyambung semula pada bulan Jun, dengan baki 92 perlawanan akan dimainkan.

Dan kelmarin (Isnin), pegawai kelab mengadakan pertemuan untuk meneruskan perbincangan mengenai `Projek Restart’.

Pemimpin liga mengatakan bantahan mengenai aksi di stadium neutral sudah didengar dan mereka akan meminta pihak berkuasa membatalkan cadangan itu.

Pemulangan wang dijangka berlaku kerana perlawanan tidak akan berlangsung seperti yang diharapkan termasuk aksi berlangsung tanpa penonton dan pada masa berbeza berbanding jadual asal.

Kelab EPL dijangka memperolehi sebanyak £9.2 bilion dari hak penyiaran bagi musim 2019/22.

Richard Masters

Ketua Eksekutif EPL, Richard Masters sebelum itu meramalkan kerugian `sekurang-kurangnya £1 bilion’ jika saingan liga musim ini gagal dihabiskan.

“Kami dapat memaklumkan perkembangan kepada kelab mengenai situasi kami dengan penyiar, yang jelas menjadi rahsia,” kata Masters pada Isnin.

“Apa pun yang berlaku, pasti akan ada kerugian besar bagi kelab. Itu tidak dapat dielakkan.”

“Our priority will always be the safety of players, managers, staff, supporters, and the wider community”

Richard Masters, Premier League CEO

Sementara PM Boris Johnson dan barisan kabinetnya percaya bahawa tidak mungkin selamat untuk mengadakan acara dengan melibatkan orang ramai sehingga vaksin Covid-19 dijumpai.

Mereka bahkan tidak akan mempertimbangkannya hingga awal September dan itu dapat berlarutan lebih lama jika tidak ada penawar atau langkah pencegahan yang ditemui.

Ini akan menjadi berita yang kurang menyenangkan bagi kelab bolasepak yang harus bersiap untuk sekurang-kurangnya separuh musim depan yang mana ia akan diadakan secara tertutup.

Namun, kembalinya bolasepak ke layar TV akan memberikan dorongan kewangan yang besar kepada kelab-kelab Liga Perdana yang akan kehilangan peratusan yang besar dari £ 760 juta yang telah dibayar oleh penyiar untuk suku terakhir musim ini.

Tetapi syarikat penyiaran ini mengalami kekurangan wang termasuk Sky dan BT telah memberi amaran bahawa perjanjian TV berikutnya akan menderita akibat coronvarius dan ketua kelab EPL kini menghadapi kerugian yang bakal mencecah sehingga £ 1.5 bilion.

Dan kelab-kelab Liga Perdana Inggeris diberitahu bahawa mereka mungkin perlu membayar balik anggaran £ 340 juta kepada penyiar domestik dan antarabangsa walaupun musim ini disambung secara tertutup.

About MyGooners 906 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment