Keputusan positif COVID-19 Aaron Ramsdale telah menggoncangkan Bournemouth

Bournemouth
Eddie Howe

Pengurus Bournemouth Eddie Howe mengakui semua orang di kelab berasa ‘terdedah’ selepas Aaron Ramsdale didapati positif COVID-19.

Ramsdale mendedahkan pada awal minggu ini bahawa dia merupakan salah seorang dari dua orang dalam kelab Premier League yang mendapat keputusan positif virus corona dalam pusingan kedua ujian itu, yang telah dilakukan pada hari Selasa, Khamis dan Jumaat minggu lepas.

Penjaga gol itu akui keliru dengan keputusan itu selepas mendapat keputusan negatif semasa sesi ujian pertama dan dia menduga dia mungkin telah dijangkiti virus tersebut ketika keluar membeli makanan.

Aaron Ramsdale terkejut dan keliru selepas dia didapati positif COVID-19

Howe berkata keputusan positif Ramsdale telah meningkatkan kesedaran di kalangan para pemain Bournemouth mengenai kepentingan mengikuti langkah penjarakan sosial yang ketat.

“Tiada siapa dalam kumpulan kami yang positif pada peringkat awal dan kami berasa selesa dan OK,” Howe beritahu the Daily Mail.

“Tetapi sebaik sahaja kamu mendapat satu keputusan positif, ia mengubah set minda semua orang.

“Secara tiba-tiba ia membuatkan semua orang berasa terdedah, semua orang sedia maklum dengan fakta ini yang ianya benar dan serius.

“Kemudian datang pula sesuatu yang tidak diketahui. Ia menggoncang kami.

“Kini kami menanti sesi ujian seterusnya untuk melihat jika terdapat orang lain yang berhubung atau bersentuhan dengan pemain itu.

“Saya bayangkan kegelisahan di kalangan para pemain.

“Saya hanya boleh bayangkan mereka mempunyai perasaan yang sama seperti saya.”

Liga Perdana Inggeris berusaha untuk kembali pada bulan Jun dengan rancangan sesi latihan sudah dijalankan dan sesi ujian berterusan.

Kesemua 20 kelab telah selesai ujian pusingan ketiga COVID-19 dan keputusan dijangka akan keluar pada tengahari hari Rabu.

Kelab-kelab telah memulakan fasa pertama latihan dengan langkah penjarakan sosial ketat, tetapi kini kelab-kelab akan bersemuka dengan undian penting pada hari Rabu mengenai latihan bersentuhan.

Be the first to comment