Kerana keyakinan Unai Emery, Arsenal menikmati hasil Martinelli.

“Unai mengatakan dia akan menjadi seorang pemain bolasepak” – Edu

Edu menjelaskan kejayaan perpindahan Arsenal dan bagaimana urusan tersebut berlaku.

Pengarah teknikal Arsenal, Edu Gaspar telah bercakap kepada media Brazil minggu ini dan kali ini dalam temubual bersama ESPN Brasil.

Dalam temubual tersebut, Edu mendedahkan bagaimana dia dan Arsenal berjaya menandatangani pemain muda berbakat basar, Gabriel Martinelli.

Petikan laporan ESPN Brasil.

Sama seperti Edu, penyerang itu menyertai Arsenal juga pada musim yang sama, dan disinilah beliau bercakap mengenai pemain yang ditandatangani The Gunners pada musim panas 2019 itu.

Dan disebabkan itulah beliau dikatakan mempunyai peranan besar dalam membawa pemain muda ‘wonderkid’ ke Emirates.

Pada musim pertamanya sebagai penyelaras teknikal Arsenal, Edu telah menerima pujian kerana berjaya membawa pemain muda berbakat dan apa yang lebih penting, ia dibawa masuk dengan nilai bayaran yang rendah.

Pun begitu, beliau bagaimanapun lebih suka berkongsi kredit ataupun pujian yang diterimanya bersama pasukan.

“Mereka banyak mengaitkan nama saya dengan Martinelli.

“Malah Klopp turut mengeluarkan kenyataan dengan mengucapkan tahniah kepada kami kerana berjaya menandatangani pemain yang begitu cemerlang.

“Tetapi sangat penting untuk ditekankan bahawa dalam bolasepak tidak ada yang melakukannya secara sendirian.

“Bukan hanya seorang yang terlibat dalam menandatangani, bukan hanya seorang sahaja yang terlibat dalam urusan menjual.

“Terdapat proses besar di sebalik semua itu.

“Saya tidak fikir bahawa orang yang pertama melihat Martinelli adalah Edu.

“Orang lain melihatnya sebelum itu lagi, selepas mereka… terdapat proses lain, pergi ke scout, kemudian datang kepada saya, anda melakukan analisis, bercakap dengan jurulatih dan seluruh bahagian kewangan.

” … jadi proses menandatangani adalah sangat lama, kelab melakukan ia dengan betul dalam proses menandatangani pemain.

“Tidak adil untuk memberi pujian kepada seorang individu sahaja. “

“Satu lagi perkara, dokumen mengenai Martinelli [data-data] adalah tidak masuk akal. Ada scout untuknya sejak U-13 lagi”

Edu turut mengakui bahawa kelab tidak mengharapkan kejayaan segera dari remaja itu dan mengubah rancangan yang mereka buat untuknya.

“Sejujurnya, projek Martineli bukan untuk jangka pendek, tetapi untuk jangka panjang.

“Tetapi 100% pujian harus diberikan kepadanya.

“Pada pra-musim dia mula menjaringkan gol, mula mencuri perhatian.

“Unai mengatakan bahawa dia akan menjadi pemain.

“Dia adalah pemain muda yang fokus dan rajin, dari keluarga yang baik, dia suka belajar … Jadi inilah!

“Semoga profil ini lebih berjaya. “

Pada musim pertamanya untuk kelab, Martinelli telah menjaringkan sepuluh gol dan empat bantuan gol dalam 26 penampilan setakat ini.

Sesuatu yang mengagumkan untuk seorang pemain muda yang datang dari kelab yang tidak bersaing dalam liga utama dan ternama.

About MyGooners 866 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment