Koeman sakit jantung

Jurulatih Belanda, Ronald Koeman menerima rawatan di hospital selepas mengalami serangan jantung, kata isterinya kepada De Telegraaf awal pagi tadi.

Pengendali berusia 57 tahun itu menjalani prosedur “cardiac catheterisation” di sebuah hospital dekat Amsterdam selepas mengadu sakit di rumahnya.

“Usaha pantas membawanya ke hospital dan rawatan segera doktor dapat menstabilkan keadaannya,” kata isterinya, Bartina Koeman.

Koeman, yang melatih Belanda sejak 2018, dijangka akan keluar dari hospital esok.

“Ia mengejutkan,” kata Persekutuan Bolasepak Belanda.

“Sesuatu yang menggembirkan apabila keadaannya semakin baik.

“Semoga jurulatih mendapat kekuatan dan proses pemulihan yang baik.”

Koeman adalah pertahanan kental ketika bersama Ajax, PSV, Feyenoord dan Barcelona selain skuad kebangsaan Belanda ketika kariernya dan sudah membawa Belanda layak ke Euro 2020.

Bagaimanapun kejohanan berkenaan ditangguhkan hingga 2021 kerana COVID-19.

About MyGooners 904 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment