Connect with us

La Liga

La Liga mahu disambung kembali 12 Jun ini, lima pemain positif Covid-19.

Published

on

Lima pemain bolasepak antara dua divisyen utama di Sepanyol didapati positif Covid-19, menurut kenyataan La Liga.

Pemain yang tidak dinamakan itu kesemuanya tidak menunjukkan sebarang simptom dan kini menjalani pengasingan.

Mereka akan terus menjalani ujian dan hanya akan menyertai latihan apabila mereka kembali dengan dua keputusan yang didapati negatif.

Advertisement

La Liga memulakan ujian pemeriksaan terhadap pemain minggu lalu sebagai sebahagian daripada protokol untuk memulakan kembali latihan dan saingan bolasepak elit di Sepanyol dapat disambung kembali dalam keadaan tertutup pada Jun ini.

Beberapa kelab termasuk Barcelona, memulakan sesi latihan individu minggu lalu.

Sepanyol antara negara terjejas teruk di Eropah dengan 26,621 kematian dan 224,390 kes membabitkan wabak pandemik itu setakat semalam.

Adakah La Liga mampu disambung semula 12 Jun ini?

Sementara itu, bos La Liga mensasarkan aksi yang tertangguh selama ini mampu disambung semula pada 12 Jun nanti.

Presiden La Liga Sepanyol Javier Tebas berkata dia berharap saingan itu akan kembali bersambung pada 12 Jun tetapi tangan mereka terikat dengan polisi kesihatan kerajaan.

Advertisement

Tebas berkata demikian beberapa jam selepas lima pemain dari dua liga tertinggi Sepanyol disahkan positif COVID-19.

Tiga pasukan juga didapati positif.

“Saya mahu ia (musim bersambung) pada 12 Jun, tetapi ia bergantung kepada angka.

“Kata putus pada pihak berkuasa kesihatan.

Advertisement

“Mereka menjelaskan apa yang boleh dilakukan.

“Kami tidak terburu-buru, bukan kami yang menentukan fasa-fasa ini,” kata Tebas.

Walaupun pengumuman semalam mendedahkan beberapa lagi kes positif, Tebas bertegas yang Sepanyol berada di landasan tepat untuk kembali meneruskan saingan liga.

“Ia kurang daripada jangkaan kamu.

Advertisement

“Kami jangkakan 25 atau 30, berdasarkan angka di Bundesliga dan kesan virus itu di Sepanyol.

“Daripada 2,500 individu, hanya lapan positif.

“Pemain-pemain sudah berada di fasa terakhir wabak berkenaan dan minggu ini mereka akan diuji sekali lagi.

“Dalam permainan, mustahil untuk mendapat jangkitan kerana kami sudah membuat kajian yang menunjukkan risikonya amat kecil jika semua orang mematuhi protokol perubatan,” katanya.

Advertisement
Status La Liga masih menjadi tanda tanya