La Liga musim 2019/20 akan bersambung semula pada 11 Jun

Logo

Derby Seville antara Sevilla dan Real Betis akan menjadi perlawanan pertama bagi kempen La Liga musim 2019/20 yang akan bersambung semula pada 11 Jun ini.

Pada hari Sabtu lepas, Perdana Menteri Sepanyol Pedro Sanchez memberi kebenaran kepada dua liga teratas untuk bersambung semula pada 8 Jun.

Perlawanan-perlawanan dijangka akan dimainkan setiap hari sehingga penghujung musim pada 19 Julai, dan pertandingan-pertandingan Eropah dijangka akan dimainkan sebaik sahaja liga-liga domestik tamat.

Dalam mesyuarat kumpulan-kumpulan berkaitan yang dibentuk bersama jabatan sukan kerajaan (CSD), Persekutuan Bola Sepak Sepanyol (RFEF) dan La Liga telah bersetuju dengan format 11 pusingan terakhir perlawanan La Liga dan divisyen dua,” bacaan satu kenyataan.

“Pertandingan akan bersambung semula pada hujung minggu pada tarikh 13 dan 14 Jun, dengan perlawanan pertama adalah antara Sevilla – Real Betis pada 11 Jun.

La Liga fixtures

11 Jun
Sevilla lwn Real Betis

12-15 Jun
Real Madrid lwn Eibar
Leganes lwn Real Vallodolid
Valencia lwn Levante
Real Mallorca lwn Barcelona
Celta Vigo lwn Villarreal
Espanyol lwn Alaves
Real Sociedad lwn Osasuna
Granada lwn Getafe
Athletic Bilbao lwn Atletico Madrid

“Pusingan akhir perlawanan akan dijadulakan, buat sementara waktu dan bergantung dengan evolusi virus, pada hujung minggu pada tarikh 18 dan 19 Julai.”

Presiden La Liga Javier Tebas telah awal memberitahu bahawa musim 2020/21 dijadualkan bermula pada 12 September.

“Terdapat lebih 130 orang di La Liga bekerja untuk memastikan segalanya boleh dilakukan dengan cara baru,” Tebas memberitahu penerbitan Sepanyol MARCA.

“Organisasi, perjalanan, segalanya.”

Javier Tebas (Presiden La Liga)

Perbincangan masih lagi diteruskan di antara pegawai-pegawai liga mengenai kebarangkalian memberikan para peminat pilihan untuk menonton siaran asli dari stadium-stadium kosong atau alternatif meletakkan tindihan orang ramai di tempat duduk penonton, lebih kurang sepeti yang di dalam permainan video.

Juara bertahan Barcelona mendahului La Liga dengan dua mata mengatasi Real Madrid sementara hanya lima mata memisahkan kelab-kelab yang bersaing untuk merebut tempat kelayakan Eropah, dari tangga ketiga hingga ketujuh.

Be the first to comment