Laporan ‘rahsia’ mengatakan Arsenal dan Newcastle mahukan Nabil Fekir.

Kelab mahukan bayaran perpindahan berjumlah 50 juta euro.

Nabil Fekir tiba di Real Betis dari Lyon musim panas lalu dan telah menikmati musim debutnya dengan kelab Sepanyol tersebut.

Pemain berusia 26 tahun itu menjaringkan tujuh gol dan enam bantuan gol dalam 22 penampilan liga dan persembahannya untuk kelab La Liga tersebut telah menyaksikan dia dikaitkan dengan Newcastle United.

April lalu, AS melaporkan di mana Arsenal telah memulakan kontak untuk menandatangani Nabil Fekir.

Namun kali ini, ‘rahsia terbesar’ dari Mundo Deportivo mendakwa The Magpies ‘telah berminat’ terhadap pemain antarabangsa Perancis itu.

Top Secret Mundo Deportivo

Kontraknya bersama Seville berlangsung sehingga 2023 dan laporan itu menambah Betis mencari sekitar € 50 juta untuk melepaskan pemain itu.

Namun, kelab Tyneside tidak bersedia memenuhi tuntutan mereka untuk Fekir.

Selain itu, perpindahan ke Newcastle bermaksud tidak akan ada bolasepak Eropah, sekurang-kurangnya untuk musim depan.

Menurut laporan itu, pemain tersebut gembira bersama Betis dan tidak memikirkan idea untuk meninggalkan mereka musim panas ini, kecuali dia menerima panggilan dari Barcelona atau Real Madrid.

Petikan sebahagian laporan ‘top secret’ Mundo.

Mundo, bagaimanapun, menjelaskan bahawa pemain Perancis itu tidak termasuk dalam senarai perpindahan musim panas Barca, walaupun mereka telah menyukainya sejak zamannya di Lyon.

Selain Newcastle, Arsenal dan Milan dikatakan antara mereka yang berminat untuk mendapatkan khidmat Fekir dan disebut di dalam laporan ‘top secret’ itu.

In Europe, Fekir has been linked to some draft clubs, such as Arsenal, Milan and Newcastle, now that new capital will enter. The three would have been interested, although none of them would be willing to pay the 50 million euro transfer that Betis intends to collect to let him leave the squad.

None of the three clubs guarantees today, however, their presence in Europe.

At Barça they would only consider joining if the Pjanic option, which is the one they like the most and the one they see the clearest, falls off.

Something that Barça does not contemplate.

— Mundo Deportivo (translate by Google)

About MyGooners 865 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment