Leeds United mahu Illan Meslier jadi penjaga gol nombor 1 kelab

Leeds United
Illan Meslier

Leeds United berharap dapat mengekalkan secara tetap penjaga gol muda Perancis itu andai mereka dapat naik divisyen ke Liga Perdana Inggeris.

Meslier, yang dalam kontrak pinjaman dari kelab Perancis Loriet, sudah memberikan persembahan yang baik di Elland Road selepas menggantikan Kiko Casilla sementara dia menjalani penggantungan kerana meluahkan kata-kata berunsur perkauman kepada pemain Charlton Athletic Jonathan Leko.

Dia hanya melepaskan satu gol sahaja dalam tiga perlawanan iaitu ketika tewas 1-0 kepada Arsenal dalam perlawanan Piala FA.

Marcelo Bielsa memuji ketenangan yang dimiliki oleh pemain skuad bawah 20 tahun Perancis ini selepas berjaya membuat dua clean sheets berturut-turut (menang 4-0 lawan Hull City dan 2-0 lawan Huddersfield Town) dalam The Championship.

Illan Meslier (tengah) tidak berjaya menghalang percubaan Reiss Nelson dalam perlawanan pusingan ketiga Piala FA

£5juta mungkin harga agak tinggi tetapi berbaloi untuk Leeds untuk mengekalkan pemain ini di Elland Road.

Dia sudah berada dalam pemantauan AS Monaco dan Chelsea tetapi Leeds yakin dapat meyakinkan pemain ini untuk bersama mereka dengan menawarkan kekerapan bermain bolasepak skuad utama di liga teratas.

Para peminat Leeds United gembira dengan aksi tangkas Illan Meslier menjaga gawang gol.

Saiz dan keyakinan telah dibandingkan dengan penjaga gol Real Madrid Thibaut Courtois, yang kerap bermain untuk Atletico Madrid ketika masih remaja dalam tempoh pinjaman dari Chelsea.

Leeds dan West Bromwich Albion bersedia untuk dinaikkan ke Premier League (PL) di bawah rancangan yang dicadangkan andai musim Championship dibatalkan, tetapi kesemua empat pasukan di tempat play-off perlu melalui satu dua perlawanan lagi untuk merebut tempat terakhir ke PL.

Andai musim diteruskan, Leeds mungkin akan meraikan kejayaan menjuarai Championship di tempat berkecuali tanpa penonton.

Mereka berada di puncak liga mengatasi West Brom dengan satu mata sebelum musim bolasepak digantung kerana virus corona.

Be the first to comment