Leko lega insiden perkauman Kiko Casilla sudah berakhir tetapi dia masih belum menerima permohonan maaf dari Leeds United

West Bromwich Albion
Jonathan Leko

Penjaga gol tersebut telah dihukum gantung lapan perlawanan atas sikapnya itu.

Pemain sayap West Bromwich Albion Jonathan Leko mengakui dia gembira kerana tidak perlu memikirkan lagi isu kecaman perkauman yang dituju kepadanya oleh Kiko Casilla, tetapi dia masih belum menerima sebarang permohonan maaf dari Leeds United.

Insiden yang berlaku pada 28 September 2019, apabila Leko bermain sebagai pemain pinjaman di Charlton.

Kiko Casilla diberi amaran oleh pengadil perlawanan atas sikap perkaumannya ke atas Jonathan Leko

Namun tempoh lima bulan diambil untuk mengenakan hukuman penggantungan lapan perlawanan ke atas bekas penjaga gol Real Madrid itu.

Pada masa itu, Leko mendakwa dia belum pasti jika ‘dia bersedia untuk melalui semua itu lagi sekali’ jika insiden sama berlaku pada masa akan datang, tetapi sejak itu dia sudah melalui perbualan yang produktif dengan Professional Footballers’ Association (PFA).

“Saya lega ia sudah berakhir,” kata pemain berusia 21 tahun itu kepada Sky Sports. 

“Pada masa itu, saya berasa jengkel betapa lama masa diambil ke atas perkara ini.

“Ia mungkin membuat saya rasa teruk kerana tiada siapa yang mendengari saya atau mengambil saya dengan serius.

“Kini saya sudah mengubah pendirian saya dan akan memberitahu orang lain untuk melaporkan apa-apa insiden.

“Saya menghadiri mesyuarat dengan PFA dan mereka berkata jika ia berlaku laku, mereka akan mempercepat proses dan mendapatkan orang untuk membantu.

“Saya mendapat banyak sokongan – terutama dari Charlton. Saya tidak dapat apa-apa dari Leeds United.

“Ia sedikit mengejutkan saya kerana saya fikir saya boleh mendapat permohonan maaf, tetapi saya agak mereka harus menyokong pemain mereka sendiri.

“Ia sudah selesai sekarang dan saya mahu mara ke hadapan.

“Saya tidak mahu bercakap mengenainya. Tidak – saya tidak mahu melakukannya.”

Be the first to comment