Liga bola sepak Switzerland bersambung semula pada 19 Jun

Football ball
Swiss League (football)

Kelab-kelab bola sepak liga Switzerland sudah sepakat untuk menyambung semula liga musim ini pada 19 Jun, dan lima pemain gantian dibenarkan setiap perlawanan untuk mengurangkan risiko kecederaan pemain.

Liga Switzerland merupakan liga pertama Eropah yang digantung disebabkan oleh wabak virus corona, dengan kali terakhir perlawanan dimainkan pada 23 Februari.

Kelab-kelab akan bermain dua perlawanan seminggu supaya dapat melengkapkan sepertiga baki musim ini pada 2 Ogos.

Perlawanan pertama pada 19 Jun dijadualkan secara ementara berlangsung di stadium tertutup.

Perlawanan tersebut adalah perlawanan di antara dua pencabar kejuaraan liga iaitu Young Boys menanti kunjungan FC Zurich di Stade de Suisse.

“Bola akan bergolek semula,” bacaan satu kenyataan SFL, selepas satu mesyuarat 20 buah kelab di Bern.

Tiada lagi aksi Johan Djourou bersama FC Sion apabila liga bola sepak Switzerland bersambung nanti

10 pasukan dalam Super League (liga teratas) dan Challenge League (liga kedua) – telah mendapat 17 undian memihak kepada keputusan untuk meneruskan musim 2019/20.

Kelab-kelab boleh bermain perlawanan pemanas badan bermula 6 Jun 2020.

“Untuk memastikan penyambungan semula pertandingan yang teratur, peraturan-peraturan SFL perlu penyesuaian jangka masa pendek.

“Kelab-kelab telah membuat keputusan perubahan sementara peraturan untuk membenarkan setiap pasukan membuat lima penggantian pemain setiap perlawanan …. untuk mengurangkan risiko kecederaan pemain selepas terpaksa berehat dalam tempoh yang panjang dan lama.”

Kelab-kelab juga memveto menolak cadangan untuk mengembangkan Super League kepada 12 pasukan.

Kelab-kelab juga membuat keputusan pasukan-pasukan tidak akan boleh menurunkan pemain-pemain baru, atau menggunakan pemain-pemain yang telah ditamatkan kontrak untuk penjimatan wang, kecuali dalam kes-kes saiz skuad yang mengecut teruk.

Sion, yang berada di kedudukan kelapan Super League, telah membatalkan kontrak beberapa pemain termasuk dua bekas pemain Arsenal Alex Song dan Johan Djourou.

Be the first to comment