Liga Divisyen 2 Perancis akan mempunyai 22 pasukan musim hadapan

French League; Ligue 1; Liga Perancis

Keputusan telah dibuat oleh Liga Bolasepak Profesional Perancis (LFP) untuk membenarkan 22 pasukan bersaing dalam divisyen dua musim depan.

Ini bermakna tiada pasukan yang tersingkir ke liga bawahan selepas musim bolasepak Perancis, musim ini telah dibatalkan oleh kerajaan.

Ahli lembaga pengarah LFP telah mencapai keputusan tersebut menerusi undian elektronik, membenarkan Le Mans dan Orleans untuk kekal di Ligue 2 manakala Pau dan Dunkerque akan dinaikkan dari divisyen tiga.

Le Mans

Liga-liga teratas bolasepak Perancis selalunya mempunyai 20 pasukan.

Kerajaan Perancis telah membuat keputusan pada bulan April untuk membatalkan liga domestik bolasepak dan ragbi kerana krisis wabak virus corona.

Paris Saint-Germain telah ditabalkan sebagai juara Ligue 1, manakala Amiens dan Toulouse telah tersingkir ke divisyen dua.

Orleans Loiret

Be the first to comment