Liga MX Clausura dibatalkan sepenuhnya!

Logo
Liga MX

Persekutuan Bola Sepak Mexico (FMF) telah membuat keputusan untuk membatalkan sepenuhnya Liga MX Clausura 2019/20 dan tiada kelab yang ditabalkan sebagai juara liga.

Bahagian kedua kempen liga teratas Mexico musim 2019/20 ini telah digantung sejak 15 Mac berikutan pandemik virus corona dengan baki tujuh pusingan perlawanan biasa juga peringkat kalah mati Liguilla.

Sebelum ini sudah ada harapan untuk menyambung kembali kempen liga dengan perancangan untuk memainkan semua perlawanan di dalam satu bandar sahaja.

Kedudukan akhir kelab-kelab Liga Mx Clausura 2019/20 setelah liga dibatalkan.

Namun, setiap kemungkinan telah dihalang apabila 12 orang pemain Santos Laguna menerima keputusan positif COVID-19.

Seterusnya pihak liga telah mengeluarkan kenyataan pada hari Jumaat mengesahkan baki liga Clausura dan Liga MX Femenil (liga bola sepak wanita teratas di Mexico) tidak akan dimainkan.

Cruz Azul dan Leon, yang menduduki tempat pertama dan kedua dalam carta liga, akan bermain dalam Liga Juara-Juara CONCACAF 2021.

Mereka juga mengesahkan perlawanan-perlawanan untuk kempen baru Apertura akan dimainkan di dalam stadium tertutup, namun tarikh mula rasmi masih belum diputuskan, dan akan berdasarkan cadangan daripada Federal Health Sector.

Be the first to comment