Liga Perdana Inggeris perlukan masa 7 minggu.

Langkah-langkah diambil untuk penyambungan semula Liga Perdana Inggeris (EPL).

Pengurusan Liga Perdana Inggeris sedang merancang untuk mengadakan saingan selama tujuh minggu jika aksi musim ini disambung semula.

Ia termasuk melengkapkan saingan Piala FA dan mengurangkan kebimbangan mengenai terlalu banyak perlawanan dalam jadual padat selepas perintah berkurung akibat COVID-19.

Liga Perdana menyasarkan untuk bermula kembali pada 12 Jun dengan SunSport mendedahkan menerusi perancangan itu, satu minggu tambahan juga disediakan jika terdapat sebarang masalah.

Bagaimanapun ia bermakna perlawanan mesti dimulakan pada 19 Jun atau mengalami kesukaran dan mustahil untuk melengkapkan semua perlawanan sebelum berakhir liga domestik UEFA pada 2 Ogos.

Keputusan ataupun perancangan itu juga bergantung kepada kerajaan dan sekiranya pihak berkuasa tidak mengumumkan pengurangan dalam peraturan perintah berkurung Khamis ini, atau lebih banyak pada minggu mendatang, kelab mungkin tidak akan menerimanya kerana kesuntukan masa.

Mesyuarat Jumaat lalu bersama 20 pemegang taruh menyaksikan perdebatan mengenai keadaan kesihatan yang membenarkan latihan dan perlawanan tanpa penonton serta diadakan di gelanggang berkecuali.

Namun masalah jadual juga dibincangkan dan Ketua Liga Perdana mencadangkan mereka hanya perlukan lima minggu untuk melengkapkan 92 perlawanan.

Perancangan itu membabitkan saingan dalam rangka padat ditetapkan dengan perlawanan diadakan setiap hujung minggu dan pertengahan minggu.

Tetapi kebimbangan mengenai risiko kecederaan tambahan bagi pemain yang terpaksa bermain begitu banyak perlawanan dalam jangka masa pendek, terutamanya setelah rehat minimum tiga bulan sejak perlawanan terakhir liga, kemenangan Leicester ke atas Aston Villa pada 9 Mac.

Sebaliknya, pengarah bolasepak Richard Garlick menyusun rancangan baru yang masih belum dipersetujui oleh kelab.

Itu akan menyaksikan perlawanan dimainkan dalam jangka masa tujuh hujung minggu, hanya menggunakan dua tarikh pertengahan minggu.

Dan itu juga dilihat sebagai pendekatan yang lebih masuk akal dan berhati-hati dalam mengurangkan sedikit tekanan kepada pemain.

About MyGooners 865 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment