Liga Portugal akan disambung pada 4 Jun.

Liga Primeira Portugal akan kembali memulakan musim selepas penangguhan akibat COVID-19 pada 4 Jun, kata liga bolasepak negara berkenaan hari ini.

“Kami memberi jaminan bahawa stadium akan diperiksa secara terperinci dan pemain profesional akan diuji.

“4 Jun adalah tarikh untuk 25 pusingan perlawanan Liga Portugal bersambung,” kata liga berkenaan menerusi satu kenyataan.

Penghujung bulan lalu, Perdana Menteri Portugal, Antonio Costa mengumumkan bahawa minggu terakhir Mei sebagai permulaan liga utama negara itu.

Kerajaan Portugal berkata, 10 pusingan terakhir musim ini yang ditangguhkan sejak 12 Mac akan berlangsung mengikut protokol ketat.

Pemain perlu melepasi ujian COVID-19 dua kali seminggu dan perlawanan akan dilangsungkan “di stadium paling sedikit.”

Pihak berkuasa kini sedang mengenalpasti stadium mana ia boleh diadakan.

Pengumuman liga berkenaan hadir sehari selepas Benfica mengumumkan pemain tengah mereka David Tavares didapati positif Covid-19.

Benfica berkata Tavares, 21, yang jarang menjadi pilihan dalam skuad utama, tidak mempunyai simptom dan sedang dikuarantin.

Diikuti Vitoria Guimaraes yang mengesahkan tiga kes positif pada Sabtu dan Moreirense satu kes.

Keseluruhan kes positif di Liga Primeira membabitan sekurang-kurangnya lapan pemain.

Porto berada di puncak liga hanya satu mata mendahului penyandang juara Benfica diikuti Braga dan Sporting Lisbon yang ketinggalan 13 dan 15 mata daripada dua pasukan teratas liga.

About MyGooners 906 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment