Luiz dakwa pemain lain tidak mempunyai keberanian sepertinya.

David Luiz

Tidak ramai yang berani bertindak sepertinya dalam menentukan pilihan perpindahan.

Pemain pertahanan Arsenal, David Luiz telah mendakwa tidak ramai orang memiliki ‘keberanian’ untuk berpindah dan menyertai seteru utama kelab sebagaimana dia melakukan terhadap Chelsea.

Pemain pertahanan Brazil itu membuat perpindahan kontroversi ke Emirates musim panas lalu, mengakhiri musim keduanya (penyertaan untuk kali kedua) di Chelsea.

Pemergiannya sangat mengejutkan, tiba di Arsenal pada saat akhir jendela perpindahan ditutup dan ia bagaikan satu pembelian panik buat The Gunners.

Beliau ketika bersama Chelsea dilihat akan memainkan peranan penting di bawah pengurus baharu Frank Lampard, dengan banyak sumber menyatakan begitu.

Namun itu semua salah sama sekali dan dia dilepaskan, malah satu kejutan melihat dia menyertai Arsenal, satu tindakan yang mana Luiz mendakwa tidak ramai yang berani berbuat demikian (menyertai seteru utama kelab).

“Saya mempunyai perbincangan yang sangat jujur ​​dengan Frank Lampard di mana kami menyedari bahawa kami mempunyai idea yang sangat berbeza mengenai permainan ini,” katanya kepada Record.

“Saya telah menandatangani pembaharuan dua tahun untuk tinggal di Chelsea, tetapi dengan Frank datang dan selepas perbincangan itu, saya memberitahunya bahawa saya akan menjalani kitaran lain dalam hidup saya.

“Saya memutuskan untuk meninggalkan Chelsea sebelum tawaran Arsenal dapat diselesaikan.

“Ramai orang tidak akan mempunyai keberanian untuk membuat keputusan seperti ini.

“Sebuah kelab sebesar Arsenal memberi saya peluang untuk terus menjalani sukan bolasepak yang tinggi.

“Saya boleh memilih kelab dalam kejuaraan tanpa tekanan dan menghasilkan lebih banyak wang, tetapi saya tidak mahu.

“Saya tidak mahukan keselesaan; Saya mahu sentiasa berjuang untuk kemenangan. “

Luiz telah berjaya menempatkan dirinya dalam pasukan utama sejak dia tiba di Emirates, walaupun tahun pertamanya di kelab tidak begitu berjaya.

Dia telah menerima banyak kritikan untuk beberapa persembahannya, dengan ramai yang kecewa kerana dia tidak menggunakan pengalaman atau kualitinya dalam permainan sebagaimana yang diharapkan.

Itu menimbulkan desas-desus bahawa dia boleh meninggalkan kelab musim panas ini, terutama setelah diketahui bahawa perjanjiannya hanya untuk satu tahun, berbanding kontrak dua tahun yang pertama kali dilaporkan.

Seperti biasa, dia dikaitkan dengan kembali ke Benfica, tetapi pemain pertahanan mengatakan perkara tersebut bukanlah berada dalam kawalannya.

“Ini bukan di tangan saya, kerana Benfica diuruskan dengan baik dan bukan pemain yang akan mengawal perancangan,” tambahnya.

“Bila ia akan berlaku, itu akan terjadi.

“Saya tidak akan mengatakan bahawa ini akan berlaku pada Hari X kerana jika ia tidak berlaku, ia akan mengubah kebenaran dan perasaan suci menjadi kebohongan dan ia tidak.

“Biarkan ia dilakukan pada waktu yang tepat untuk kami berdua dan semua orang menikmati.

“Benfica tidak memerlukan saya kembali dengan segera tanpa saya dapat menolong. “

About MyGooners 904 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment