Lupoli dedahkan impian sertai Arsenal yang akhirnya menemui kegagalan.

Arturo Lupoli

Sifatkan rakan-rakan sepasukan ketika bersama The Gunners sangat ‘luar biasa’

Beliau mungkin tidak dikenali dan mungkin juga tidak diingati sebagai pemain Arsenal.

Arturo Lupoli kini berusia 32 tahun, sesuatu yang pastinya sukar untuk kita semua mengingatinya di mana beliau pernah bersama Arsenal memandangkan dia menyertai The Gunners pada tahun 2003.

Dia berusia usia 17 tahun ketika menyertai akademi The Gunners setelah Arsenal membayar £ 200,000 sebagai pampasan latihan kepada Parma.

Bagaimanapun setelah setahun bersama skuad akademi, beliau kemudian dimasukkan ke skuad utama Arsenal.

Pun begitu beliau gagal untuk mencipta kejayaan sepenuhnya bersama skuad utama Arsenal di bawah kendalian Arsene Wenger.

Pada masa itu, persaingan untuk merebut tempat di Arsenal begitu hebat dan Lupoli menyimpan kenangan yang sangat istimewa pada era beliau masih bersama The Gunners.

Setelah berpindah ke Derby County secara pinjaman, Lupoli kemudian meninggalkan Arsenal secara kekal untuk Fiorentina.

Sejak itu dia mempunyai karier yang berbeza dengan kelab liga rendah di Itali dan, bahkan mempunyai kejayaan di Hungary.

Dia sekarang dengan Virtus Verona, sebuah kelab di Serie C Itali dan telah memberikan temubual bersama TGGialloblu dan bercakap mengenai kariernya.

Dan beliau lebih banyak berbicara mengenai tempohnya bersama Arsenal.

Laporan TGGialloblu mengenai Lupoli.

Ditanya mengenai tempohnya bersama The Gunners, Lupoli berkata: “Pengalaman yang saya alami di Arsenal adalah satu impian.

“Mungkin saya dilemparkan ke dimensi yang sangat besar buat saya pada usia itu.

“Ketika saya tiba di Arsenal, pasukan itu mendapat kejuaraan liga yang dimenangi tanpa kalah walaupun dalam satu perlawanan.

“Setiap hari saya cuba belajar sesuatu dari setiap individu yang bergelar juara ini.

“Saya kemudian berjaya mengukir ruang dengan Wenger.

“Saya masih ingat ketika bermain dalam perlawanan City-Arsenal saingan Piala Liga di mana kami menang 0-3.

“Pada perlawanan menentang Everton ketika itu, saya menjaringkan dua gol dan Wenger memberi saya keyakinan serta membuatkan saya faham bahawa saya juga boleh memberikan sesuatu. “

Lupoli turut menambah bahawa rakan sepasukannya di Arsenal adalah satu ‘fenomenal’ dan dia sangat rapat dengan Cesc Fabregas, Philippe Senderos dan Jose Antonio Reyes.

“Itu adalah kumpulan fenomenal.

“Ketika saya tiba di Arsenal, saya segera menjalin ikatan persahabatan yang lebih kuat dengan Fabregas, Senderos dan Reyes.

“Kemudian banyak orang boleh berbahasa Itali sehingga mudah bagi saya untuk berkomunikasi.

“Saya juga teringatkan kisah dengan Henry.

“Setelah Perancis tewas pada final piala dunia tahun 2006 kepada Itali, Henry melihat saya di tempat letak kereta Sant’Alba (tempat percutian Arsenal) dan secara bergurau menghampiri saya dengan mengatakan bahawa dia tidak akan lagi bercakap dengan orang Itali.

“Dia memberitahu saya bahawa jika dia memenangi final itu, Golden Ball pasti menjadi miliknya, trofi dimenangi oleh Cannavaro.

Reyes secara tragis terbunuh dalam kemalangan kereta tahun lalu, dan Lupoli menjelaskan bagaimana persahabatan mereka bermula: “Pada masa kami bersama Arsenal, kami mempunyai banyak persamaan.

“Kami mengikuti pelajaran Bahasa Inggeris bersama-sama dan dia adalah orang yang tulus dan jujur.

“Selepas perlawanan Liga Juara-Juara menentang Ajax, dia memberikan bajunya dan saya masih menyimpannya dengan penuh perhatian dan kasih sayang. “

Lupoli percaya bahawa dia telah membuat pilihan yang salah untuk pindah ke Fiorentina, mengingati kembali di mana terdapat banyak persaingan di pasukan Tuscany sama seperti dialaminya ketika bersama Arsenal.

Pengalaman itu dan kemudian jatuh ke kelab yang lebih kecil, mengakibatkan dia gagal beraksi dalam saingan Serie A sepenuhnya selepas itu.

Arturo Lupoli was unable to take his prolific goalscoring at reserve level into Arsenal’s first team. The Italian striker joined the academy in 2003 after a sensational season in Parma’s Under-17s, where he scored 45 goals in just 22 games.

Arsenal
About MyGooners 904 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment