Martinez sukar ajak Torreira ke Argentina, dia sekali lagi bercakap untuk pulang ke kelab lamanya.

Emiliano Martínez

“Saya tidak akan pernah mengatakan tidak kepada mereka, saya sangat bersyukur ”

Penjaga gawang Arsenal, Emiliano Martinez sekali lagi mengungkapkan keinginannya untuk kembali ke Independiente selepas tempohanya di Emirates berakhir.

Martinez telah bersama The Gunners sejak 2010 setelah tiba dari pasukan B20 Independiente dalam perjanjian perpindahan bernilai £ 1.35 juta.

Sepuluh tahun di kelab, kebanyakan masanya dihabiskan secara pinjaman bersama Oxford, Sheffield Wednesday, Rotherham, Wolves, Getafe dan Reading setakat ini.

Bagaimanapun tahun ini menyaksikan dia mengukuhkan kedudukannya dalam skuad pasukan utama Arsenal, dengan 11 penampilan dalam Liga Europa, Piala FA dan Piala EFL.

Pada usia 27 tahun, dia masih memiliki beberapa tahun lagi di Emirates (masa depan), walaupun secara dasarnya dia hanya memiliki dua tahun lagi dalam kontraknya bersama Arsenal.

Namun, Bernd Leno yang ketika ini menjadi pilihan utama (penjaga gol no.1 Arsenal) mungkin menyukarkan dia memandangkan perbezaan usia diantara mereka tidak begitu jauh, hanya dibezakan setahun (Leno berusia 28 tahun).

Sudah pasti masa depannya di Emirates menjadi keutamaan dalam menentukan hala tuju kariernya.

Martinez sudah beberapa kali bercakap tentang keinginannya untuk kembali ke kelab asalnya tahun ini dan dia meluahkan sekali lagi dalam komen terbarunya.

Namun, nampaknya usaha beliau untuk kembali ke Argentina mungkin tidak akan disertai rakan sepasukan Arsenal, Lucas Torreira.

Ini kerana Torreira bukanlah peminat Independiente tetapi merupakan peminat Boca.

“Saya sukar untuk meyakinkannya untuk pergi ke Independiente kerana dia peminat Boca.

“Dia menyaksikan semua perlawanan [Boca], ” jelasnya kepada TNT Sports.

“Ia bagus untuk memiliki lebih ramai orang Amerika Selatan, yang mempunyai budaya yang serupa dengan anda.

“Selama bertahun-tahun mereka datang dari Perancis, Jerman atau Inggeris dan sekarang mempunyai lebih ramai orang Amerika Selatan, ia banyak membantu.

“Sekiranya ada mana-mana kelab yang akan saya bermain di Argentina, itu adalah Independiente.

“Saya tidak akan mengatakan tidak kepada mereka, saya sangat bersyukur.

“Saya sentiasa mempunyai rasa terkilan kerana tidak dapat membuat penampilan sulung di Primera sebelum pergi ke Eropah.”

Tajuk laporan TNT Sports yang membicarakan mengenai Emiliano Martínez dan Lucas Torreira.
About MyGooners 904 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment