Mengadakan perlawanan dalam stadium tertutup merosakkan bolasepak – Arsene Wenger

Arsene Wenger berkata bola sepak di dalam stadium tertutup dilihat bukan penyelesaian jangka masa panjang tetapi merupakan cara terbaik untuk menamatkan musim sekarang ini.

Bekas pengurus Arsenal, yang bercakap di Bein Sports, percaya bermain bolasepak tanpa kehadiran para peminat di stadium boleh merosakkan bolasepak jika berterusan terlalu lama.

“Adakah ia akan bertahan untuk jangka masa panjang?

“Adakah ia akan merosakkan permainan dalam jangka masa panjang tanpa penyokong? Saya yakin dengan itu,” katanya

“Tetapi ia boleh menjadi penyelesaian jangka masa pendek, bukan jangka masa panjang.

“Kamu tidak boleh membayangkan satu musim tanpa penonton.

“Sebab itu saya percaya ianya penyelesaian jangka masa pendek.

“Ia adalah cara terbaik untuk mendapatkan keputusan untuk penghujung musim.

“Ia lebih baik dari mana-mana keputusan yang lain.”

Bundesliga Jerman kembali pada hujung minggu ini, menjadi liga besar Eropah pertama yang kembali beraksi selepas penggantungan akibat virus corona, dengan semua perlawanan dimainkan di stadium tertutup.

LIga Perdana Inggeris (EPL) juga dikatakan akan melakukan perkara yang sama, dan apabila ia kembali, Wenger percaya akan kepentingan bermain tanpa kehadiran peminat sehingga keadaan betul-betul selamat.

“Kami tidak mempunyai perubatan untuk orang ramai pergi ke stadium pada pertengahan Julai.

“Kamu mempunyai beberapa contoh di Itali di mana [peminat berada] perlawanan menjadi satu musibah.” katanya.

“Kami tidak boleh memberi tunjuk ajar sangat atas sebab-sebab kewangan dan mengambil risiko yang besar ini.

“Kami perlu memastikan dahulu selamat dari segi kesihatan.”

Wenger juga terlibat dalam proses membuat keputusan memperkenalkan penggunaan lima pemain simpanan untuk baki musim ini.

Ia dibawa masuk untuk membantu liga domestik mengatasi masalah keletihan dan perlawanan-perlawanan yang telah dijadualkan dalam tempoh masa yang pendek, dan dia berkata dia tertarik untuk melihat bagaimana ianya digunakan sepenuhnya dalam perlawanan bola sepak.

“Di FIFA, kami mencadangkan lima pemain gantian hanya kerana satu sebab – kerana jadual yang padat.

“Sukar untuk bermain lebih banyak perlawanan tanpa banyak pertukaran [pemain],” kata Wenger, yang kini memegang peranan di FIFA sebagai Ketua Pembangunan Bolasepak Global.

“Saya percaya sukar untuk mengadili dalam perlawanan pertama, tetapi secara keseluruhan, menarik untuk disaksikan bagaiamana ianya akan digunakan pada bulan hadapan.

“Saya juga berfikir ianya satu idea yang bagus kerana sebilangan pasukan-pasukan kecil tidak dapat bermain kesemua perlawanan mereka andai mereka perlu bermain setiap tiga perlawanan.

“Jadi ia satu keputusan yang bagus untuk mereka bermain dengan pasukan terbaik mereka dalam setiap perlawanan.

“Melihat perlawanan-perlawanan pada hari ini, saya tidak rasa pasukan-pasukan ini sudah bersedia.”

Be the first to comment