Connect with us

Arsenal

Mesut Ozil derma £80,000 kepada badan kebajikan Turki

Published

on

Pemain bintang Arsenal Mesut Ozil meneruskan kerja amalnya walaupun dikecam kerana tidak mahu gajinya di Arsenal dipotong 12.5%.

Sumbangan Ozil ini untuk membantu orang Islam di Turki yang bergelut dengan virus corona pada bulan Ramadan ini.

Sumbangan tersebut dalam bentuk makanan dan perubatan kepada 16,000 orang Islam sepanjang bulan yang mulia ini.

Advertisement

Bulan Sabit Merah Turki kini dapat menyediakan juadah berbuka puasa kepada keluarga-keluarga yang terjejas di seluruh Turki dan Syria, dengan anggaran 2,000 paket dijangka akan diagihkan.

Mesut Ozil juga mengucapkan Salam Ramadan Mubarak kepada semua umat Islam

Wakil Bulan Sabit Merah Turki memuji Ozil atas sumbangannya dan berkata ianya dapat disampaikan kepada mereka yang memerlukan.

“Di Bulan Sabit Merah, kami bersedia untuk mereka yang memerlukan sepanjang 365 hari setahun,” katanya seperti yang dilaporkan oleh the Daily Sabah.

“Sudah tentu kami melakukan ini berkat sumbangan oleh rakan-rakan dermawan yang mengikuti kerja kami.

“Kami dapat menyalurkan kepada lebih ramai insan yang memerlukan dengan peningkatan sumbangan ini.

Advertisement

“Terima kasih kepada saudara kami Mesut, kami dapat menghantar paket-paket ini kepada mereka yang memerlukan – menghantarnya secepat yang mungkin.

Berita ini hadir selepas berita kontroversi Ozil yang menolak cadangan potongan gaji sebanyak 12.5% oleh hierarki Arsenal.

Cadangan ini dikemukakan untuk meringankan beban kewangan kelab di samping dapat memastikan kakitangan-kakitangan bergaji kecil di kelab masih dapat dibayar gaji ketika tempoh krisis pandemik ini.

Dia antara tiga orang pemain yang menolak cadangan tersebut, sebaliknya lebih memilih penangguhan gaji yang dirasakan lebih bernilai dari pemotongan 12.5% itu.

Advertisement