Pjanic tidak berminat sertai Chelsea, tolak peluang terhidang.

Pemain tengah Juventus, Miralem Pjanic menyatakan pendirian dirinya untuk hanya menyertai Barcelona, sekaligus menafikan peluang Chelsea untuk mendapatkan khidmatnya.

Pemain berusia 30 tahun ini menjadi sasaran banyak kelab-kelab besar Eropah termasuk Chelsea dan Paris Saint-Germain.

Namun menurut Mundo Deportivo, pemain Bosnia ini sudah menetapkan mindanya di mana dia akan bermain pada musim hadapan dengan mendakwa: “Saya hanya akan pergi ke Barca”.

Pjanic bersedia untuk meninggalkan Stadium Allianz pada musim panas sebagai salah seorang pemain yang mahu dilepaskan oleh kelab juara Itali itu, yang berharap dapat membantu meringankan beban kewangan mereka akibat krisis wabak COVID-19.

Miralem Pjanic sudah menjaringkan 22 gol, membuat 36 assist dalam 167 penampilan dalam semua kejohanan untuk Juventus.

Dia telah dikaitkan dengan perpindahan pertukaran pemain ke Nou Camp sejak beberapa hari lepas sedang kelab Sepanyol itu juga mahu menghadkan pembelanjaan mereka dengan perjanjian pertukaran pemain.

Walau mereka dilihat terdesak untuk mendapatkan Pjanic, perjanjian pembelian secara tunai masih diletakkan sebagai pilihan terakhir.

Kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Chelsea juga sudah menghubungi Juventus untuk cuba mendapatkan perjanjian, dengan PSG juga berharap dapat meyakinkan pemain antarabangsa Bosnia-Herzegovina ini untuk meneruskan karier di Paris.

Pengarah Sukan PSG Leonardo berharap dapat menawarkan perjanjian besar kepada Pjanic dengan ‘insentif yang tidak dapat ditandingi’ tetapi usaha mereka seperti agak terlewat sedang pemain sudah menetapkan masa depannya di luar Turin.

Dia telah mengecapi kejayaan di Juve sejak sertai dari Roma pada 2016, memenangi tiga kejuaraan Serie A dan dua Piala Itali.

Walau usianya sudah mencecah 30-an, Barca tetap melihat usianya itu dari segi pengalaman yang amat bernilai untuk pemain muda berbakat termasuklah Riqui Puig.

Pjanic menanti cabaran di Barcelona dan peluang bermain bersama Lionel Messi selepas menolak tawaran lumayan dari PSG.

Be the first to comment