Mkhitaryan ‘boleh berakhir di Arsenal’ musim panas ini

The Gunners mengalami kesukaran dalam rundingan.

Franco Baldini akan mengambil peranan alam mengawasi perpindahan di AS Roma dan sebahagian dari tugasnya adalah untuk menyelesaikan masa depan Henrikh Mkhitaryan.

Pemain itu dipinjamkan ke Roma dari Arsenal pada awal musim ini dan cukup terkesan untuk membuat pasukan Itali itu ingin mengekalkannya lebih lama.

Roma dilaporkan ingin mengurangkan kos perpindahan tersebut dan Corriere dello Sport melaporkan kelab tersebut pada asalnya ingin meminjamkan pemain The Gunners untuk musim seterusnya, yang akan menyaksikan Mkhitaryan melanjutkan kontraknya di Arsenal untuk tahun berikutnya.

Namun, ini ‘tidak masuk akal’ kepada Arsenal, yang tidak mahu memberikan komitmen lebih lama kepada pemain berusia 31 tahun itu dan lebih suka penjualan tetap pada jendela perpindahan seterusnya.

Roma cenderung ke arah ini dan Baldini harus mencari kesepakatan yang sesuai dengan Arsenal kerana mereka jelas tidak berpegang pada pendirian mereka.

Di situlah Justin Kluivert masuk, dengan ‘kad’ itu akan ‘digunakan di atas meja’ rundingan.

Corriere menyatakan penyerang muda Belanda itu ‘boleh berakhir di Arsenal’ musim panas ini dan Roma dilihat lebih menyukai Mkhitaryan berbanding Kluivert untuk berada/kekal bersama mereka.

Arsenal dijangka akan mengeluarkan sejumlah wang dalam perjanjian pertukaran itu, sekiranya terjadi.

Pun begitu, The Gunners masih belum memutuskan perancangan masa depan berhubung pemain Armenia itu, sama ada dikekalkan (dengan memberikan tawaran kontrak baharu) dan kembali ke Emirates ataupun menyambung kontrak dengan memberi pinjaman kembali kepada Roma.

Ketika ini, Arsenal difahamkan lebih terbuka untuk menjual pemain tersebut berbanding mengekalkannya (memperbaharui kontrak).

Selain Kluivert, Arsenal juga dilaporkan berminat untuk melakukan pertukaran pemain Roma yang lain seperti:

  1. Nicolò Zaniolo, 20 tahun : Midfielder – Attacking Midfield- Central Midfield – Right Winger
  2. Lorenzo Pellegrini, 20 tahun :Midfielder – Central Midfield- Attacking Midfield – Defensive Midfield
  3. Carles Pérez, 20 tahun : Forward – Right Winger – Left Winger
    Centre
Empat calon kemungkinan terlibat dalam pertukaran pemain bagi melengkapkan perpindahan kekal Mkhitaryan ke Roma.

Sekiranya Arsenal gagal mencapai keputusan dalam rundingan bersama Roma pada jendela perpindahan musim panas ini, besar kemungkinan Henrikh Mkhitaryan akan kembali ke Emirates sebelum masa depannya diputuskan.

About MyGooners 885 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment