Nasib malang Zafuan Azeman.

Zafuan Azeman

Kontraknya bersama kelab Thailand dibatalkan.

Zafuan Azeman sebelum ini pernah menjalani beberapa tempoh percubaan antaranya bersama kelab Itali, Venezia FC serta sebuah lagi kelab Thailand, Bangkok United.

Namun, Zafuan tidak pernah ditawarkan sebarang kontrak profesional selepas selesai percubaan tersebut.

Akhirnya pada September 2019, bekas penyerang skuad bawah 19 (B-19) tahun negara menyertai kelab yang beraksi dalam saingan Thai League 3, Ang Thong FC.

ZAFUAN dan Presiden Ang Thong FC, Somsak Prissana Nunthakul

Sebelum berkelana ke bumi Gajah Perang, bekas pemain Kedah itu juga pernah menandatangani kontrak bersama pasukan yang bersaing di Liga Super dan Liga Perdana.

Pada awal musim ini, Zafuan menyertai pasukan Perlis Northern Lions.

Namun, setelah Perlis menghadapi krisis tunggakan gaji, Zafuan dilepaskan dan beliau kemudiannya menyertai pasukan Pulau Pinang.

Akan tetapi, tidak diketahui apa puncanya, Zafuan hanya bertahan tidak sampai sebulan dimana beliau meninggalkan Pulau Pinang dan menyertai PKNP FC.

Hal yang sama turut berulang apabila Zafuan secara tiba-tiba meninggalkan PKNP FC dan kemudiannya bergelar ejen bebas sehinggalah beliau menandatangani kontrak bersama Ang Thong FC.

View this post on Instagram

My man 👊🏼 #angthongfc

A post shared by MZA (@zafuanazeman_) on

Pemain yang pernah menjuarai Kejuaraan AFF B-19, sekali lagi menerima nasib malang.

Kali ini, pasukan yang diwakilinya (Angthong FC) turut mengalami masalah kewangan dan terpaksa menamatkan kontrak para pemain termasuklah dirinya.

Hal ini terjadi ekoran kelab itu terkesan teruk akibat penularan wabak Covid-19 sehingga menjejaskan kantung pasukan.

“Hari ini (kelmarin) saya sangat sedih untuk mengumumkan bahawa saya perlu berpisah dengan Angthong FC selepas pengumuman kelab untuk membatalkan kontrak pemain kerana pandemik Covid-19.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada presiden kelab, kakitangan, jurulatih, rakan-rakan sepasukan dan semua orang yang dikaitkan dengan kelab kerana melayan saya dengan baik.

“Saya harap kita dapat jalinkan lagi kerjasama pada masa depan,” katanya di laman sosial Instagram miliknya, dua hari lalu.

Semoga urusan Zafuan dipermudahkan dan mampu kembali beraksi semula.

Sayang sekali jika bakat yang dimilikinya dipersia-siakan pada usia semuda ini.

Zafuan Azeman (berdiri belakang dua dari kiri) bersama skuad Angthong FC
About MyGooners 906 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment