Nicklas Bendtner akui rugi besar akibat berjudi

Nicklas Bendtner

Bekas penyerang Arsenal ini mengakui dia telah mengalami kerugian besar akibat ketagihan judinya ketika tempoh awal kariernya bersama kelab London itu.

Dia mendedahkan butiran ketagihannya itu dalam rancangan realiti televisyen dirinya di Denmark bersama teman wanitanya, Philine Roepstorff.

Dia mengakui kerugian £5.4 juta menerusi ketagihannya terhadap permainan poker.

Dia memberitahu penonton yang dia menghabiskan sebahagian besar gajinya ke atas Texas Hold’Em semasa dia berusia 19 tahun tetapi kini dia sudah belajar dari kesilapannya.

‘Saya rugi banyak wang, satu jumlah yang tidak realistik,’ akui Bendtner.

“Sukar untuk katakan jumlahnya secara realiti, tetapi saya anggarkan hampir 50 juta Korona (sekitar £5.4juta).

“Ia sesuatu yang sentiasa dalam kawalan saya dan saya dengan mudah mempertaruh jumlah wang yang besar.

“Kadang-kadang di London, perkara akan berlaku di luar kawalan pada waktu malam dan boleh berakhir dengan buruk.

“Sekarang saya hanya mempertaruh jumlah yang kecil sebanyak 100 Korona (sekitar £12).”

Kontroversi sentiasa mengikut bersama pemain Denmark ini sejak mula memunculkan diri dari akademi Arsenal lebih kurang 15 tahun lalu.

Sejak kekalahan Arsenal kepada Manchester United dalam perlawanan separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah, Bendtner yang berusia 22 tahun ketika itu kelihatan keluar dari sebuah kelab malam di London pada jam 4 pagi dengan tali pinggang yang tidak dipakai kemas dan seluar yang diturunkan sehingga ke paras buku lalinya.

Bendtner menerima penggantungan satu perlawanan dan denda £80,000 oleh FIFIA selepas membuat satu aksi pemasaran gerila semasa kejohanan Euro 2012, di mana dia menurunkan seluarnya selepas menjaringkan gol menentang Portugal untuk mendedahkan logo syarikat perjudian Paddy Power.

Nicklas Bendtner menunjukkan seluar dalam jenama Paddy Power selepas menjaringkan gol menentang Portugal

Bendtner, 32 tahun, masih belum mempunyai kelab selepas berpisah dengan FC Copenhagen pada Januari lalu, telah membuat 171 penampilan untuk The Gunners dari 2007 sehingga dilepaskan pada musim panas 2014.

Dia menjaringkan 47 gol dan assist 22 gol sepanjang kariernya di Arsenal.

Be the first to comment