‘Panggilan London’ dengan Arsenal melihat pemain muda berusia 23 tahun.

Nicolo Barella

The Gunners berminat terhadap pemain Cagliari, Nicolo Barella.

Musim panas lalu, Cagliari mengizinkan Nicolo Barella bergabung dengan Inter Milan dalam perjanjian pinjaman sepanjang musim dengan pilihan wajib beli untuk menjadikan perpindahannya kekal.

Kini didakwa bahawa ‘London memanggil’ kerana Arsenal telah memberi perhatian tinggi terhadap pemain tengah itu.

Itu adalah menurut FcInterNews, yang menyatakan The Gunners sedang mencari pemain muda berkualiti untuk mengisi nadi tengah pasukan dan mengalihkan perhatian mereka ke arah pemain berusia 23 tahun itu.

Laporan portal Itali.

Ia mendakwa Arsenal telah menzahirkan keinginannya untuk mendapatkan pemain antarabangsa Itali itu ketika dia maish lagi berada di Cagliari.

Namun begitu, peluang Arteta dan pihak pengurusan The Gunners mungkin mengalami kesukaran sekarang untuk menyelesaikan kesepakatan kerana sikap Barella dan Inter.

Walaupun FcInterNews mendakwa ‘London sedang memanggil’, Barella bagaimanapun dilaporkan ‘tidak akan menjawab panggilan’ dari pihak Emirates kerana dia cukup selesa dan gembira di San Siro.

Di samping itu, pemilik Inter, Suning Holdings Group menganggapnya adalah pemain penting untuk projek mereka di kelab.

Barella membuat 12 penampilan bersama skuad kebangsaan Itali dengan tiga gol berjaya dijaringkan setakat ini.

Dengan kata lain, tidak ada ruang untuk memulakan rundingan bagi perpindahannya.

Selain itu, nilai pasaran semasa Barella juga pernah mencecah €45 juta sebelum wabak coronavirus muncul untuk mengganggu nilai perpindahan dimana dia kini dianggarkan berada di sekitar €36 juta (kira-kira 32 juta pound sterling).

Nilai pasaran semasa Barella mengikut data transfermark.

Rekod penampilan musim ini (2019/20) bersama Inter:

Saingan Musim 2019/20 Penampilan Jaringan
Bantuan Minit Beraksi
Serie A 20 1 4 1,414
Champions League 4 1 289
Coppa Italia 3 1 2 270
Europa League 2 63
JUMLAH 29 3 6 2,036
About MyGooners 882 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment