Connect with us

Borussia Dortmund

Para peminat Borussia Dortmund boleh membuktikan penyambungan semula Bundesliga bukan ‘satu kesilapan’

Published

on

Presiden Polis Dortmund telah mendesak peminat bolasepak Jerman untuk menunjukkan bahawa bukan satu ‘kesilapan’ membenarkan Bundesliga disambung kembali pada hujung minggu ini selepas dua bulan penggantungan akibat virus corona.

Kerisauan timbul atas isu samada peminat-peminat akan berkumpul beramai-ramai di Westfalenstadion pada hari Sabtu ini di mana mereka akan menentang Schalke dalam perlawanan derbi tempatan dalam stadium tertutup.

“Saya mahu mengatakan kepada peminat-peminat bolasepak – pihak polis sudah bersedia,” kata Ketua Polis Dortmund Gregor Lange pada hari Rabu.

Advertisement

“Dan para peminat mempunyai pilihan untuk menunjukkan keputusan memulakan semula bukanlah satu kesilapan.”

Pengarah organisasi Dortmund Dr. Christian Hockenjos juga yakin masalah dapat dihindarkan.

“Rakan-rakan saya yang bertanggungjawab kepada peminat-peminat telah memberitahu saya kumpulan peminat berorganisasi tidak mahu datang ke stadium,” katanya.

Penyambungan semula akan diteruskan walaupun terdapat beberapa pemain dari dua divisyen teratas Jerman yang diuji positif virus corona sejak sesi latihan bersambung bulan lepas.

Advertisement

Tiga ahli FC Cologne telah diuji positif pada dua minggu lepas sementara kelab liga dua Dynamo Dresden telah meletakkan semua ahli skuad dalam tempoh kuarantin selepas dua didapati positif COVID-19.

Dortmund akan menggunakan langkah-langkah tambahan – termasuk bagaimana cara operasi budak pengutip bola – di dalam stadium dalam usaha mengelak sebarang risiko jangkitan virus.

“Kami mempunyai 30 biji bola di beberapa tempat berbeza di dalam stadium,” tambah Hockenjos.

“Ideanya adalah apabila sebiji bola melambung jauh, sebagai contoh ke tempat duduk penonton, budak pengutip bola perlu mengambil bola dan meletakkannya di salah satu tempat ini. Tetapi budak-budak ini tidak akan memberikan bola kepada para pemain secara terus.”

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply