Dua pemain Parma terpaksa dikuarantin.

Serie A
Parma AC

Dua orang pemain kelab Parma telah dikuarantin selepas disah positif COVID-19 sebelum mula sesi latihan pada hari Isnin.

Pihak kelab telah mengesahkan perkara tersebut dan mengarahkan dua pemain itu mengasingkan diri.

Parma memberitahu bahawa mereka telah menjalankan ujian ke atas lebih kurang 60 orang di kelab, termasuk para pemain dan kakitangan teknikal, sebelum mereka boleh kembali ke sesi latihan berkumpulan pada hari Isnin.

Perdana Menteri Itali Giuseppe Conte telah memberikan kebenaran kepada kelab-kelab untuk menyambung sesi latihan pasukan selepas hujung minggu ini, tetapi dua pemain Parma itu akan meneruskan pengasingan sendiri selepas keputusan ujian didapati positif.

“Selepas tamat semua ujian, kesemua ahli pasukan kumpulan telah didapai negatif dalam dua ujian swab untuk COVID-19 yang telah dilakukan dalam tempoh 24 jam, kecuali dua pemain yang telah mendapat keputusan ujian positif untuk swab pertama dan negatif untuk swab kedua,” bacaan kenyataan rasmi kelab.

“Kedua-dua pemain dalam keadaan fizikal yang bagus dan tidak simptomatik, walaubagaimanapun, mereka diletakkan dalam pengasingan kadar segera dan kelab akan sentiasa memantau mereka.”

Liga dan Persekutuan Bola Sepak Itali (FIGC) masih belum mencapai persetujuan mengenai protokol-protokol perubatan yang ditetapkan oleh kerajaan untuk penyambungan semula pertandingan.

Tiada aksi Serie A berlangsung sejak Sassuolo mencatat kemenangan 3-0 ke atas Brescia pada 9 Mac akibat pandemik virus corona.

Jabatan kesihatan mahu kesemua pasukan dikuarantin selama 14 hari jika ada seorang pemain mendapat keputusan positif, sementara kelab-kelab dan liga percaya langkah tersebut akan menjadikan permulaan semula tidak praktikal dan memilih senario di mana hanya individu yang terlibat akan diasingkan.

Penyambungan semula dicadangkan pada 13 Jun, dengan pergerakan antaran wilayah masih terhad sehingga 3 Jun.

Be the first to comment